Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Enal December 13, 2018 @ 11:20am

Masih Teringat EX? Kami Kongsikan Lima Tips Move On!

Dalam percintaan tidak semuanya selalu indah. Ada yang berakhir dengan kegembiraan dan ada yang berakhir dengan kesedihan dimana putus di tengah jalan. Bukan mudah untuk melupakan kenangan yang dikongsi bersama sepanjang percintaan.

Ada juga yang tidak dapat menerima ketentuan dan mengambil cara singkat dengan membunuh diri. Ini adalah diantara yang dilarang oleh setiap agama. Apa kata ambil jalan untuk ‘move on’

Ini diantara 5 cara untuk ‘move on’ selepas putus cinta. 

BERI MASA PADA DIRI

Lelaki atau perempuan, sama saja, kerana kedua-dua akan terkesan dengan cinta yang kandas di tengah jalan. Jadi, beri masa untuk merawat luka di hati kerana dengan masa, luka yang dirasai akan sedikit demi sedikit sembuh.

SIBUKKAN DIRI ANDA

Padatkan jadual anda supaya anda kurang mengingati memori lama bersama si dia. Bermenung dan bersendirian akan membuatkan anda lebih sedih dan sukar untuk move on. Pandang ke hadapan dan jangan toleh lagi ke belakang!

SIMPAN BARANG KENANGAN JAUH-JAUH

Ini untuk mengelakkan anda terus mengingati kenangan bersama si dia apabila melihat barangan yang pernah dibeli waktu bercinta dulu Jadi masukkan dalam satu kotak dan letakkannya jauh dari pandangan.

DEKATKAN HUBUNGAN DENGAN ORANG SEKELILING

Apabila sudah berpisah, ambil peluang ini untuk merapatkan semula hubungan dengan keluarga, kawan-kawan lama atau saudara-mara yang jarang berjumpa. Hargai mereka yang selama ini sentiasa berada di sekeliling anda.

MINTA BANTUAN ATAU SOKONGAN

Sokongan daripada mereka yang rapat seperti ibu bapa misalnya mampu merawat luka di hati dan melupakan si dia. Mungkin ada yang malu untuk meluahkan perasaan. Tapi, percayalah. Pelukan daripada mereka pun dah cukup menenangkan

Ambillah masa sebanyak mana yang diperlukan. Kerana sukar untuk melupakan kenangan bersama si dia. Kemudian bangkit lebih bersemangat dengan kehidupan anda

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 27 Nov 2019
Fab Foodies! Thu, 12 Jul 2018

就是这样才变胖!想吃垃圾食物是因为「睡不饱」

妳有发现在晚上高热量的垃圾食物,浮现在脑海画面的机率特别高吗?

Hiburan Thu, 13 Dec 2018

Hamil Anak Kedua, Ini Harapan Tya Ariffin…

Tya juga memaklumkan tidak mahu ramai anak. Cukup dua atau tiga sahaja, memadai baginya dan suami…

LIFESTYLE Wed, 20 Nov 2019

最近在哪方面会运势大发?

生活中总有运势起伏,有许多事情需要面对,你是否也会好奇接下来的运势?

Fab Foodies! Sun, 9 Jun 2019

果汁较健康?研究:多喝比汽水更恐怖

纯果汁较健康?研究:多喝比汽水更恐怖,死亡风险多一倍!

Featured Wed, 25 Jan 2023
Featured Sat, 10 Dec 2022

Imran Bard Selar Peniaga Makanan Obses Ikut Trend – “Semua Benda Nak Letak Cheese”

Pempengaruh media sosial, Imran Bard atau nama sebenarnya Muhammad Al Imran Badaruddin, 21, menerima pujian netizen setelah menyelar tindakan peniaga kerana obses menjenamakan produk jualan mengikut trend terkini. @kucengnanges dia bukan viral eh, dia TULAR […]

error: Content is protected !!