Events By: SGMS Faida December 14, 2018 @ 10:20am

40,000 Pengunjung Banjiri Festival Anggun Life

Festival Anggun Life yang menghimpunkan selebriti – selebriti  dan pelbagai jenama popular baru saja melabuhkan tirainya di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam Selangor pada 8 dan 9 Disember lalu. Bermula dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam, hampir 40,000 pengunjung telah membanjiri festival ini untuk membeli barangan fesyen, kecantikan, gaya hidup, kesihatan dan pelbagai lagi!

Bertujuan untuk menggalakkan kaum Hawa menceburi bidang perniagaan dengan menjual atau mempromosikan produk-produk tempatan, festival Anggun Life berjaya menarik  lebih 100 vendor yang terdiri daripada jenama-jenama dan barisan selebriti popular untuk turut serta. Antara selebriti yang menjadi vendor menjual produk keluaran mereka sendiri di festival ini ialah Amy Search, Wan Sharmila, Izzue Islam, Mira Filzah, Zulhuzaimy, Syifa Melvin, Ezzaty Abdullah dan ramai lagi.

Menurut Encik Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, “Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pengunjung yang telah hadir ke festival Anggun Life pada hujung minggu lepas dari awal pagi dan bersama-sama untuk memeriahkan suasana sehingga lewat malam. Sokongan hebat daripada anda semua amat bermakna buat kami! Percubaan pertama kami untuk menganjurkan festival khusus kepada golongan wanita berjaya mencapai matlamatnya. Anggun Life bukan sahaja dilihat sebagai platform kepada usahawan tempatan untuk mempamerkan barangan Malaysia yang berkualiti dengan tawaran harga menarik, malah festival ini dirancakkan lagi dengan pelbagai aktiviti hiburan yang disertai oleh barisan selebriti popular.”

Selain beramah mesra dengan kedua-dua duta festival Anggun Life, Amar Baharin dan Amyra Rosli, para pengunjung juga dapat bertemu dengan barisan artis Drama Sangat yang dibawakan khas sempena acara ini seperti Hafidz Roshdi, Datin Diana Danielle, Zoey Rahman dan Julia Farhana Marin.

Lebih menarik lagi, festival Anggun Life kali ini turut menerima kunjungan daripada YB Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim; YB Puan Hajah Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan; dan YABhg Puan Masdiana Mohd (isteri kepada Menteri Besar Selangor) serta Puan Noorul Ashikin Mohd. Din, Pengurus Besar, Pelancongan Negeri Selangor yang diundang khas oleh Malaysian Women Marathon (MWM) sebagai tanda sokongan positif terhadap festival Anggun Life yang menerima sambutan hangat ini.

Program Majalah Wanita terulung TV3, Nona turut membuat liputan secara langsung pada hari Ahad. Mira Filzah selaku hos tidak terlepas untuk meluangkan masa dalam sesi ramah mesra bersama para peminat yang turut disertai barisan hos Wanita Hari Ini iaitu Fiza Sabjahan dan Hazrena Kassim.

Kali ini, CJ Wow Shop telah turun padang menyertai festival ini bersama hos-hos mereka seperti Cef Fikree Aznan, Diana Rusdi, Karl Shafek, Cef Brian, Mimie Haris, Zaim Helmi Zaini, Liyana Adnan, Jimmy Shanley, Raja Farah, Nadia Annuar, Ameera Zaini serta Masrenny. Selain mengadakan sesi ramah mesra dan demo produk CJ Wow Shop, kesemua hos ini juga mempromosikan kempen baharu CJ Wow Shop yang bakal dilancarkan tidak lama lagi iaitu Mugen Bonanza.

Tidak ketinggalan, para pengunjung juga sempat mengambil gambar di photobooth khas bercirikan 3D yang disediakan oleh xtra sempena mempromosi e-dagang baharu, CantiX, yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Di samping itu, tonton juga mengadakan jualan penghabisan stok barangan eksklusif mereka.

Portal trend terkini oleh The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad, Hijab & Heels yang memberi tumpuan kepada para wanita Malaysia turut menyertai festival Anggun Life kali ini. Di booth Hijab & Heels, jurusolek popular Nuex Rosli, Neb Radzif dan instafamous Sharifah Rose telah turun padang untuk berkongsi tips bersama para pengunjung mengenai penataan gaya, solekan, penggayaan tudung dan banyak lagi tips-tips menarik mengenai kecantikan. Orang ramai juga telah menyaksikan peragaan fesyen khas iaitu Hijab & Heels Statement Tee Fashion Show, menyertai kuiz dan permainan serta membeli barangan eksklusif Hijab & Heels.

Rancakkan lagi perbualan mengenai festival Anggun Life di laman media sosial anda dengan #AnggunLife! Untuk maklumat lanjut anda juga boleh layari laman web www.xtra.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram Anggun Life iaitu @anggunlife.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 13 Jun 2023

Bunyi Tak Elok, Shila Amzah Bersuara Soal #ShiBai – “Tolong Hormat, Kalau Buat Juga Tak Ada Otak!”

Cuba korang suggestkan # apa yang sesuai untuk Shila & Ubai? 🫣❤️🤪

Events Tue, 2 Oct 2018

Sam Hui & Alan Tam to Make a Stop in Malaysia this December!

The Cantopop legends are coming to town.

Hiburan Fri, 3 May 2019

Tak Kisah Nyanyi Lagu Lama, Francissca Peter Belum Sedia Nyanyi Lagu Komposer Muda

Beberapa kali saya disapa oleh peminat cilik yang suka dengan lagu-lagu seperti Kehebatan Cinta, Sekadar Di Pinggiran dan beberapa buah lagu lagi.

Hiburan Wed, 30 Jan 2019

Percaturan Ismail Izzani Menjadi?

Semoga Ismail Izzani terus sukses!

Hiburan Thu, 4 Oct 2018
Featured Wed, 12 Apr 2023
Hiburan Fri, 14 Sep 2018

Lebih Meriah, Jihan Muse Sertai Geng Pagi Hot!

Pemilihan Jihan dibuat selepas penelitian bersama pengurusan radio yang mana kami yakin dengan kemampuannya. Good Luck Jihan!

Hiburan Wed, 29 Aug 2018

Munafik 2 Bakal Saingi Kutipan Hantu Kak Limah?

Pihak Skop Productions turut positif dalam jumlah kutipan memandangkan kutipan filem Hantu Kak Limah berjaya mencecah sehingga RM 32 juta.