Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida December 14, 2018 @ 11:11am

‘ Terharu Bila Ada Pihak Hargai Bakat Saya Sehingga…’ Nabila Huda Teruja Ditawar Watak Berat

Aktres terkenal, Nabila Huda meluahkan rasa terharu apabila sebuah syarikat produksi sanggup menunggu berbulan lamanya dalam memastikan dia tampil dalam filem mereka.

Nabila Huda atau lebih mesra disapa sebagai Abil cukup berterima-kasih dengan DA Motion Media yang merupakan penerbit filem M4M4.

“ Saya terharu ada orang yang menghargai bakat saya hingga sanggup saya pulang dari bercuti panjang dari beberapa buah negara.

“ Lebih istimewa panel penulis skrip membayangkan diri saya ketika menghasilkan karakter untuk filem tersebut. Saya bersyukur dan gembira apabila ada pihak yang menghargai bakat saya sebegitu,” katanya kepada xtra.com.

Abil ketika ditemui di majlis doa selamat dan majlis pelancaran M4M4 baru-baru ini memberitahu tawaran belakon dalam filem ini ibarat ‘Bulan Jatuh Ke Riba’.

“ Saya memang ternanti-nanti tawaran untuk naskah yang berat. Umum tahu saya sering tampil dalam drama yang beremosi.

” Saya memang dikenali sebagai aktres air mata di mana seringkali tampil dengan karakter beremosi. Bila saya dapat skrip, saya terima kerana jalan ceritanya menarik.

“ Dalam M4M4, ini merupakan pertama kali saya melakonkan watak sebagai ibu tunggal yang membesarkan anak remaja yang telah dirogol. Tidak begitu susah memandangkan naluri seorang ibu memang ada pada saya cuma bezanya dalam filem ini anak saya sudah besar,” katanya yang bakal masuk ke set penggambaran M4M4 pada 25 Disember ini.

Filem M4M4 terbitan DA Motion Media bakal diarahkan oleh Eyra Rahman dan penggambaran akan dimulakan pada 18 Disember ini. Filem penuh debaran ini dijangka ditayang tahun depan selepas filem Jodoh Syaitan.

Dalam perkembangan lain, Abil kini sibuk menjalani latihan teater Mud Musical yang bakal dipentaskan bermula 14-22 Disember ini. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 15 Feb 2024
Featured Fri, 27 Jan 2023
Hiburan Wed, 29 Nov 2023
Hiburan Fri, 26 Apr 2019

Bermodalkan RM 250, Sha Hasan Jadi Jutawan Pada Usia 19 Tahun!

Bergelar jutawan pada usia 19 tahun, Sha Hasan mengaku hanya bermodalkan RM 250 memulakan perniagaan kosmetik sekitar empat tahun dahulu. “ Saya berniaga macam-macam sebelum ini dengan modal yang saya pinjam dengan kakak, saya berjaya […]

Drama Sun, 21 Jun 2026

Berimej Alim Tapi Aniaya Anak, Watak Lan Siro Dalam Drama Neraka Yang Terhijab Cetus Kemarahan Penonton

Watak Abi yang dibawakan Lan Siro dalam siri Tonton Originals, Neraka Yang Terhijab, menjadi antara topik hangat dalam kalangan penonton sejak drama itu mula ditayangkan pada 4 Jun lalu.

Hiburan Thu, 26 Sep 2019

鍾瑾桦受邀前往韩国!担任音乐节表演嘉宾

Alvin鍾瑾桦受邀前往韩国担任《2019 Asia Song Festival》表演嘉宾;他是继林宇中(2008)、光良(2010)和Asmidar(2017)后第四位受邀的马来西亚歌手。

error: Content is protected !!