Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida December 24, 2018 @ 12:15pm

‘Dangdut Bukan ‘Makanan’ Saya Tapi…’ – Wani Kayrie

Penyanyi Wani Kayrie mengakui genre dangdut bukanlah ‘makanan’ buat dirinya namun mengambil pendekatan mencabar diri menyertai program realiti D’ Academy Asia 4, di Indonesia, baru-baru ini.

Kata penyanyi berusia 18 tahun ini, dia pada awalnya takut untuk menyertai program berkenaan tetapi mula jatuh cinta dengan genre dangdut selepas dua bulan di sana.

“ Saya sedar dengan tahap kemampuan. Ketika nama diumumkan tersingkir di Top 15, saya terima dengan hati terbuka. Agak sukar untuk mengejar peserta lain, mereka hebat-hebat.

“ Saya sertai program ini sebab mahu teroka sisi baru dalam diri. Dulu saya lebih gemar menyanyikan lagu dangdut pop tetapi selepas sertai DAA 4, saya perlu biasakan diri bawa lagu dangdut klasik.

“ Saya akui, lenggok dan penjiwaan agak susah tetapi saya berjaya menyahut cabaran itu,” katanya kepada xtra ketika ditemui di konsert separuh akhir Mentor 7, malam tadi.

Sementara itu, Wany memaklukan dia turut merancang merakam sebuah lagu dangdut pop pada tahun depan.

“ Saya sedang berbincang dengan syarikat pengurusan. Jika ada rezeki, saya mahu dapatkan khidmat komposer Indonesia untuk menghasilkan lagu dangdut ‘happy’. Tak mahu nyanyi lagu sedih sahaja, cari kelainan pula,” katanya bersemangat. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 5 Aug 2019
Selebriti Wed, 22 Nov 2023

Harap Jumpa Jalan Penyelesaian, Norlia Ghani Terkejut Rumah Tangga Rusdi, Sharon Paul Goyah

Semua ibu pastinya mengharapkan rumah tangga anak dan menantu berkekalan – Norlia Ghani

Hiburan Thu, 4 Apr 2019

《不要玩啦》演员阵容鼎盛!毕书尽、张立昂惊喜演出

单元剧《不要玩啦》演员阵容大公开!毕书尽、张立昂惊喜演出。

Hiburan Thu, 7 Nov 2024
Featured Thu, 22 Dec 2022
Featured Thu, 11 Dec 2025

“Lakukan Perkara Yang Buat Anda Happy” – Khairul Aming Kongsi Falsafah Hidup, Kenang Pengorbanan Ibu Berniaga Kuih

Menurut Aming, kenyataan itu tidak menggambarkan realiti sebenar dan tidak wajar dijadikan kayu pengukur sebuah kebahagiaan.

Hiburan Tue, 22 Apr 2025

Muat Naik Video Nikah, Aliff Syukri Dipuji Lelaki ‘Forest Flag’ – “Walau Dihina, Dia Tetap Angkat Darjat Isteri”

Aliff Syukri dipuji netizen angkat darjat isterinya makin tinggi walau teruk dikecam netizen

error: Content is protected !!