Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida December 31, 2018 @ 2:01pm

‘Jaa Miliki Ciri Lelaki Pilihan Saya’, Eyka Farhana Mula Jatuh Hati?

Pelakon jelita, Eyka Farhana menafikan memiliki hubungan istimewa dengan penyampai radio, Jaa Suzuran.  

Menurut Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi memaklumkan buat masa ini dirinya masih solo dan belum berpunya kekasih hati.  

” Saya akui kami memang rapat kerana berada dalam syarikay pengurusan sama, Mind Order Talents. Tetapi tidaklah sampai ke tahap bercinta lagi.

” Mungkin sebelum ini ramai yang tengok gambar kami bersama di Instagram. Ya, kami rapat tapi belum ke tahap lebih serius,” katanya kepada XTRA.

Akui pelakon berusia 23 tahun ini, dia selesa dengan personaliti Jaa yang suka membuat lawak dan menyenangkan.

” Jaa memang ada ciri-ciri lelaki pilihan saya. Bila lepak dengan dia tak rasa bosan sebab dia pandai menceriakan hati orang sekeliling. Tapi jangan salah anggap kenyataan saya, kami hanya kawan baik. Kalau ada jodoh, adalah…” katanya jujur. 

Sementara itu, Eyka dan Jaa telah menjalani penggambaran telefilem di Wales, United Kingdom sekitar akhir Oktober lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 23 Dec 2024
Featured Fri, 28 Jul 2023
Hiburan Wed, 10 Apr 2019

Lawat Mangsa Buli, Tindakan Ifan Seventeen Dipuji Warganet

Tindakan Ifan yang merupakan anak jati itu kota itu mendapat pujian daripada warganet. Mari doakan agar adik Audrey pulih seperti sedia kala. Insha Allah…

Hiburan Fri, 28 Mar 2025
Hiburan Fri, 7 Jun 2019

Ajak Shiro Mahu Menjadi Pengacara

Ajak Shiro akui sudah selesa menjadi seorang pengacara selepas menamatkan tugas sebagai penyampai radio.

Featured Fri, 9 Sep 2022

“Saya Nak Tenang-Tenang Saja” – Amy Mastura Elak Masuk Pertandingan

Kak Amy ni nampak tenang dan happy je selalu kan..

Featured Mon, 7 Jul 2025
error: Content is protected !!