Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida December 31, 2018 @ 3:08pm

Mayat Tiga Beradik Akibat Lemas Sudah Ditemui

Mayat dua daripada tiga beradik perempuan yang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan ombak besar di Pantai Sura Tengah ditemui pagi Isnin.

Mangsa, Nurain Sufia Zawawi, 8, ditemui terapung pada pukul 7.38 pagi tadi dalam lingkungan 5km dari lokasi kejadian manakala adiknya Nurain Sasabila, 6, dijumpai pada kira-kira pukul 9.40 pagi tadi, iaitu kira-kira 1km dari tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun Saifuddin Muhammad berkata gerakan mencari dan menyelamat (SAR) kakak mereka Nurain Fatma, 10, sedang giat dijalankan di kawasan lingkungan 10km dari lokasi kejadian.

Nurain Fatma ditemui kira-kira 11.10 pagi. 

” Operasi SAR di air pagi ini bermula pada kira-kira pukul 7 pagi dan diperluaskan ke kawasan 10km melibatkan 12 anggota dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),” katanya.

Dalam kejadian pada pukul 6.40 petang Ahad, tiga beradik yang berasal dari Kelantan itu datang bercuti bersama ibu saudara mereka ke Dungun manakala ibu bapa mereka berada di kampung (Kelantan).

Ketiga-tiga mereka ditarik oleh ombak besar ketika bermain di tepi pantai. -Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 18 Jul 2019

Rihana Oksana Buat Kejutan Lagi, Kali Ini Video Penuh Kata Romantis!

Rihana Oksana Gorbantenko sekali lagi membuat kejutan apabila memuat naik sebuah video temuramah eksklusif yang memaparkan kehidupannya dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Featured Thu, 23 Mar 2023

Yusof Haslam Harap Syamsul Boleh Muhasabah Diri – “Nasihat Ibu Untuk Kembali Ke Pangkal Jalan, Bukan Racun”

“Jangan biarkan ibu sendiri menangis…” – Datuk Yusof Haslam 🥲🥹

Featured Sat, 4 Mar 2023

Tayangan Filem Sensasi Mentega Terbang Akhirnya Dihentikan!

Akhirnya filem sensasi ini dihentikan tayangan👀

Hiburan Fri, 30 May 2025

“Kena Hentam, Dipijak Tapi Tetap Diam Demi Jaga Aib” – Enot Reda Hilang Sahabat 

‘Ini bukan putus kawan, tapi putus adik-beradik” – Enot

Trending Tue, 9 Oct 2018

Turun 1 KG Dapat RM 180, Syarikat Murah Hati Perkenal Program Turun Berat Badan

Oppsss…Ganjaran hanya diberikan kepada mereka yang berjaya sahaja, namun jika gagal dalam cabaran tersebut mereka akan dikenakan denda. So, ada berani tak?

Hiburan Fri, 16 Feb 2024
Featured Wed, 19 Mar 2025
Featured Fri, 21 Oct 2022
error: Content is protected !!