Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Enal January 2, 2019 @ 5:00pm

“Kalau berhenti merokok, nanti badan naik”

Semua orang tahu rokok membahayakan kesihatan. Ia bukanlah satu fakta yang susah untuk kita hadam meskipun perokok itu sendiri tahu betapa bahayanya kesan asap rokok kepada orang sekeliling (Second-hand smoker).

Bukan tu je, malah kebanyakkan perokok tanpa segan silu ‘petik’ puntung rokok tepi jalan. Paling tidak pun buang lah dalam tong sampah. Apa yang susah sangat? Yang paling tak tahan, ada pulak tu yang selambe je hisap rokok kat dalam kedai. Penulis pernah pandu kereta, tetiba puntung rokok kereta depan ‘sapp’ masuk ikut tingkap. Suka hati je baling ikut tingkap.

Kenapa susah sangat perokok nak buang tabiat merokok ni?

Berikut merupakan alasan yang selalu kita dengar dari perokok apabila disuruh berhenti merokok.

 

Mitos #1  “Saya dah lama merokok, rosak dah badan”

Berhenti merokok walaupun sudah merokok dalam tempoh yang sudah lama masih memberikan perubahan baik walaupun hanya 20 minit selepas melakukannya dan dalam masa 5 tahun, risiko serangan jantung kurang hampir 50% berbanding mereka yang masih merokok. Orang putih kata, better late than never

Mitos #2 “Kalau berhenti merokok, nanti badan naik”

Betul ke kalau berhenti rokok, nanti badan naik? Itu semua mainan psikologi je. Hisap rokok sebenarnya menaikkan lagi selera makan kita tambah-tambah pengambilan air manis. “Tak best hisap rokok takde air manis, nanti mulut kering dan pahit. Jom teh tarik dulu!” Mana datangnya berhenti rokok badan turun?

Mitos #3 “Stress kalau tak merokok”

Kelegaan stress akibat merokok hanyalah untuk tempoh yang terlalu singkat malah merokok sebenarnya menaikkan tahap kebimbangan dan mengakibatkan kemurungan dalam jangka masa panjang.

Jadi bagaimana adakah anda percaya dengan mitos ini? Tepuk dada tanya hati ye

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 26 Nov 2018

Siti Nordiana – Khai Bahar Bakal Bersatu Tahun Depan?

Segalanya masih dalam perancangan awal. Insya Allah jika segalanya berjalan lancar, Nana akan umumkan kepada pihak media dan peminat.

Hiburan Thu, 13 Jul 2023
Featured Sat, 6 Nov 2021
Hiburan Wed, 15 May 2019

‘Tugas Saya Bukan Buka Aib Restoran’- Naz Rahman JJCM

Dalam perkembangan lain, Naz turut berkongsi program JJCM juga bakal memasuki musim baharu bermula Oktober depan.

Filem Thu, 8 Dec 2022

Duan Nago Bogho Bukan Sekadar Filem Aksi, Angkat Perjuangan Maruah Seni Mak Yong

Tidak dapat dinafikan filem yang bercorak aksi sememang-memangnya merupakan genre yang cukup digemari oleh penonton di Malaysia. Melihat kepada potensi filem yang sebegini telah membuatkan syarikat produksi Kalamarif Holdings Sdn. Bhd. muncul dengan sebuah naskhah […]

Hiburan Thu, 31 Jan 2019

Raysha Rizrose Terima Lamaran Ashraf Muslim ?

Wah, Tak sabar rasanya nak tengok cerita ni kan?

error: Content is protected !!