Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal January 3, 2019 @ 12:52pm

Tiada Saman Sehingga Jun Bagi Kesalahan Merokok Di Kedai Makan

Tahun baru 2019 menyaksikan kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menguatkuasakan peraturan larangan merokok di semua kawasan tempat makan di seluruh negara. Larangan juga turut dikuatkuasakan kepada kesalahan menghisap rokok elektronik dan sisha.

Bagaimanapun, pada fasa pertama iaitu Fasa Penguatkuasaan Pendidikan ini KKM tidak akan mengeluarkan sebarang surat saman selama 6 bulan. Sebaliknya mereka yang didapati melanggar peraturan baru tersebut akan diberi surat amaran serta amaran.

Sebaik sahaja tamat fasa pendidikan ini, KKM akan menguatkuasakan sepenuhnya peraturan baru berkenaan.

Hari pertama penguatkuasaan, sebanyak 1,453 surat amaran telah dikeluarkan dan seramai 3,879 individu telahpun diberikan nasihat. KKM dalam kenyataan yang sama turut menyebut bahawa kementerian menerima sokongan kuat daripada orang perseorangan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) berhubung penguatkuasaan peraturan tersebut.

Bagi memastikan peraturan ini dapat dikuatkuasakan sepenuhnya, Pegawai Kesihatan KKM turut akan dibantu oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk melakukan pemeriksaan.

Sumber: KKM

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Thu, 28 Dec 2023
Hiburan Mon, 26 Jan 2026

Ditegur Isu Laser Pada Kemaluan, Reaksi Tenang Sasha Abdul Aziz Raih Pujian Ustazah Asma Harun

Asma menyifatkan reaksi Sasha yang tidak melatah, sebaliknya memilih untuk mendengar serta memperbetulkan keadaan

Hiburan Fri, 3 Nov 2023
Trending Tue, 27 Nov 2018

Kerana Langgar Kontrak RM4 Billion, Genting Keluarkan Saman Buat Walt Disney

Fox mengeluarkan notis tindakan bertujuan dapat menamatkan kontrak terbabit  demi kepentingan dan faedah sendiri. Like seriously?

Featured Thu, 15 Jan 2026

“Sampai Bila Nak Anggap Saya Budak?” – Mia Sara Nasuha Luah Penat Dilabel Pelakon Cilik

Pelakon Mia Sara Nasuha gagal menahan sebak sebaik sahaja meluahkan rasa kecewanya apabila masih ada segelintir pihak yang melihatnya sebagai pelakon kanak-kanak, meskipun usianya kini sudah mencecah 21 tahun.

error: Content is protected !!