Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal January 8, 2019 @ 12:00pm

Jepun Mula Kutip Cukai Tinggalkan Negara Isnin Ini

Jepun akan memulakan kutipan cukai meninggalkan negara bernilai 1000 Yen (RM 38) bermula Isnin depan bagi setiap individu yang mahu meninggalkan negara Matahari Terbit itu sama ada menggunakan pesawat ataupun kapal laut.

Cukai baru itu dilapor turut akan dikenakan kepada semua individu yang mahu meninggalkan negara tersebut tanpa mengambil kira kewarganegaraan asal mereka.

Menurut laporan Japan Times, kerajaan Jepun merancang untuk menggunakan hasil kutipan cukai tersebut bagi menambah baik kualiti perkhidmatan yang disediakan kepada pelancong-pelancong asing yang melawat negara itu termasuklah menyediakan prosedur imigran yang lebih sistematik.

Bagaimanapun, bagi mana-mana individu yang trasnit di Jepun kurang daripada 24 jam sebelum meninggalkan neraga itu termasuklah kanak-kanak di bawah usia 2 tahun dikecualikan daripada membayar cukai tersebut.

Pengecualian cukai juga diberikan kepada mereka yang membeli tiket penerbangan sebelum hari Isnin.

Jepun dijangka akan meraih pendapatan sebanyak 6 bilion Yen (RM 2.3 bilion) menjelang Mac 2019 dan sebanyak 50 bilion Yen (RM 19.2 bilion) sepanjang tahun 2019.

Kutipan ini akan digunakan bagi memasang kemudahan alat imbasan wajah di semua pintu keluar masuk negara tersebut termasuklah menyediakan kemudahan papan tanda pelbagai bahasa bagi memudahkan urusan pelancong asing.

Jumlah pelancong yang melawat negara Jepun meningkat dengan 2018 mencatatkan jumlah kemasukkan pelancong luar mencecah 30 juta orang. Kerajaan Jepun juga menyasarkan sejumlah 40 juta pelancong asing akan berkunjung ke negara termaju di Asia itu menjelang tahun 2020, dimana beberapa acara sukan dunia seperti Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik berlangsung.

Sumber: Japan Times

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 5 May 2026

“Kenapa Dia Buat Saya Macam Ni?” – Dr Fie

Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah Mohd Tawfeq hadir berseorangan hari ini bagi prosiding pelanggaran perintah mahkamah pada hari ini. Hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam dengan memakai busana berona merah […]

Featured Fri, 8 Aug 2025

“Terima Kasih Tidak Pernah Membelakangkan Saya” –  Alami Detik Sukar, Eda Ezrin Syukur Dapat Pulang Ke Pangkuan Keluarga

Eda meluahkan rasa syukur dan sebak apabila mengenang kembali detik sukar yang berlaku dalam hidupnya.

Hiburan Sun, 17 Aug 2025

Harris J Kembali Dengan EP ‘Revival’, Simbol Perjalanan Spiritual & Kematangan Seni

EP Revival yang memuatkan enam buah lagu sarat dengan mesej keimanan, cinta serta perjalanan rohani.

Hiburan Sun, 4 Feb 2024
Trending Wed, 31 Oct 2018

Nahas Pesawat JT 610, Juruteknik Kena Pecat

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan adakah pemecatan itu bersifat sementara atau kekal.

Featured Thu, 1 Sep 2022
error: Content is protected !!