Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal January 10, 2019 @ 10:08am

Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal Di Pawagam 21 Mac 2019

 Pada tahun 2009, Les’ Copaque Production telah mencipta satu fenomena apabila filem animasi 3D pertama Malaysia mencecah kutipan yang sangat membanggakan di pawagam. 

Kini setelah sedekad berlalu, syarikat animasi No. 1 negara ini akan memasarkan filem 3D animasi keduanya bertajuk “Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal”. Ia dijangka bakal menjadi satu fenomena luar biasa melihat kepada kemahsyuran kembar animasi kesayangan ramai ini. 

Kos penerbitan yang menelan belanja hampir RM 20 juta ini menggunakan sepenuhnya kepakaran anak-anak tempatan. Oleh itu, ia diharapkan akan melonjakkan mutu industri animasi tempatan ke satu tahap yang lebih tinggi setanding dengan karya-karya antarabangsa.

Memilih tarikh 21 Mac selari dengan musim cuti sekolah, diharapkan filem ini dapat menjadi pilihan tontonan sekeluarga. Ini kerana siri “Upin & Ipin” sendiri diminati oleh kanak-kanak, ibu bapa, sehinggalah atok dan nenek. 

Filem “Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal” mengetengahkan pengembaraan Upin dan Ipin bersama kawan-kawan ke sebuah kerajaan dongeng bernama “Inderaloka”. Mereka akan berjumpa dengan pelbagai watak-watak dongeng popular seperti Mat Jenin, Bawang Merah, Bawang Putih, dan Pak Belalang.

Penonton boleh mengimbau kembali nostalgia cerita zaman kanak-kanak dan melihat cerita dongeng nusantara ini dianimasikan dengan perwatakan baharu. Keris diangkat sebagai tema utama cerita setelah mendapat inspirasi daripada sebuah keris Melayu yang benar-benar wujud dan mempunyai misteri tidak mempunyai bilah.

Istimewanya lagi, filem ini mempunyai dua OST yang dinyanyikan oleh Ernie Zakri dan Fakrul Razi. Nantikan pelancarannya di saluran YouTube Les’ Copaque Production tidak lama lagi.

“Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal” adalah filem terbitan Les’ Copaque Production Sdn. Bhd., ditaja oleh Citrex Gummy dari Millenium Pharmacon International (MPI), edaran GSC Movies, Astro sebagai rakan media, dan disokong oleh Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDEC) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS). “Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal” akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula pada 21 Mac 2019. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 5 Sep 2023
Hiburan Sat, 7 Feb 2026

Daler Yusuf Terkilan Individu Hina Solekan Anak – “Semoga Kau Diberi Hidayah”

Daler Yusuf terkilan anak perempuan berusia sembilan tahun menjadi mangsa buli siber.

Hiburan Tue, 21 Nov 2023

Famili Duo 3: Pecah Rekod! Empat Duo Berjaya ‘Sapu’ Perfect 10 Pada Minggu Keenam

Persaingan semakin sengit! Jangan lupa saksikan separuh akhir FD3 Ahad ni tau

Hiburan Mon, 13 May 2024
Featured Wed, 15 Feb 2023

Pernah Berhasrat Tak Mahu Sertai AJL 37, Aina Abdul Puas Raih Gelaran Juara.. Bakal Buat Konsert 3.0 Skala Besar

Fuhhhh! Tak sabar min nak tunggu konsert Aina Abdul 3.0! Berskala besar gaisss 🤩🤩🤩 Dengar cerita sampai tiga tempat? Powerr

Kes Mahkamah Mon, 10 Jul 2023
Hiburan Tue, 21 Nov 2023
Hiburan Fri, 5 Jan 2018

Rahsia Kulit Bersih dan Tampil Cantik

Neelofa tetap tampil cantik. Kulit wajahnya juga bersih dan tiada masalah cela mahupun jerawat. Apa rahsia kulit cantik Neelofa dan kekal langsing. Minum banyak air kosong Tip paling mudah ialah minum air kosong dengan banyak. Neelofa […]

Hiburan Tue, 2 Apr 2019

Fathia Latiff Teruja Tudung ‘Nona Manis’ Laku, Bakal Tampil Dengan Single Pula!

Apa yang boleh Fathia kongsi, lagu itu berjudul ‘Jika Aku Tahu’ sebuah lagu bergenre balada.

error: Content is protected !!