Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida January 14, 2019 @ 12:24pm

Dah Tonton Filem Petta Lakonan Rajinikanth?

Filem Petta kini sedang hangat ditayangkan di seluruh pawagam negara. Menampilkan pelakon terkenal filem Tamil, Rajinikanth, dikhabarkan bakal mencatat sejarah baru perfileman negara.

Menurut Pegawai Eksekutif Malik Streams Corporation, Datuk Abdul Malik Dasthigeer, filem ini turut menampilkan dua penyanyi tempatan iaitu Muadz dan Azwan yang menyanyikan lagu yang terkandung di dalam Petta.

“ Petta bermaksud tempat tinggal ditayangkan di 135 buah pawagam seluruh negara dalam tiga bahasa iaitu Tamil, Hindu dan Telugu.

“ Dua penyanyi ini diberi peluang menyanyikan lagu Tamil bertajuk Ullala dari filem ini seterusnya lagu ini akak digunakan untuk klip video mempromosikan Petta di negara Asean,” katanya di majlis tayangan khas filem Petta, baru-baru ini.

Majlis tayangan khas ini turut diserikan dengan kehadiran selebriti tempatan antaranya Norman Hakim, Zizi Kirana, Jasmin Hamid dan ramai lagi.

Difahamkan, proses rakaman lagu Ullala mengambil masa selama lima hari untuk disiapkan. Ini bagi memastikan penyanyi menyebut dengan tepat sebelum diperdengarkan.

Tambah beliau, lagu nyanyian dua penyanyi ini akan dihantar kepada Rajinikanth untuk diperdengarkan di India. 

Filem ini merupakan kerjasama pertama Rajinikanth dengan pengarah, Karthik Subbaraj dan turut membariskan para pelakon seperti Nawazuddin Siddiqui, Vijay Sethupathi dan ramai lagi.

Petta juga dilaporkan berjaya membuat kutipan sebanyak USD 550,000 selepas tiga hari tayangan di Amerika Syarikat. Wow!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 15 Nov 2023

Praktis Masak Seminggu, Ain Edruce Sedia Lawan Dengan Achey Dalam Episode Pertama Dapur Tempur!

Wah, min tak sabar nak tengok Ain Edruce, Amirul dan pasangan Achey, Anne beraksi di Dapur Dapur

Hiburan Thu, 9 Aug 2018

Yana Samsudin Tetap Dengan Pendirian?

Empat artis Korea itu datang ke Malaysia bagi menjayakan cabaran menjual beberapa jenis barangan menerusi rancangan terbabit, antaranya Dr Dental Care, produk masker V-Care dan mi segera Spicy Samyang kepada penonton

Featured Fri, 26 Nov 2021
Selebriti Wed, 6 Dec 2023
Featured Thu, 16 Apr 2026

Masih Lemah & Perlu Dipantau, Anak Terpaksa ‘Discharge’ Norish Karman – “Ini Saja Kemampuan Yang Ada.. “

Norish Karman dilaporkan masih dalam keadaan lemah dan memerlukan pemantauan rapi selepas menerima rawatan di hospital.

error: Content is protected !!