Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin January 15, 2019 @ 2:35pm

Buat Si Kaki Pedas Dan Si Lidah Kebas, Ini Mungkin Makanan Pilihan Korang!

Sebut saja pasal makan, rasanya semua orang akan teruja nak try makanan baru ataupun yang tengah viral. Betul tak? Terutamanya si kaki makan, pantang saja kawan-kawan ajak!

Ayam Gepuk Pak Gembus, namanya sudah cukup membuatkan kita teruja apatah lagi melihat pelbagai gambar yang dimuat-naik oleh peminat tegar makanan pedas ini menerusi media sosial.

Dengan tagline, “Tentukan Sendiri Pedasmu”, Ayam Gepuk Pak Gembus pastinya menjanjikan tahap kepedasan yang luar biasa buat peminat makanan pedas. Tak percaya, korang tengok sendiri macam mana cilipadi ni dilenyek bersama kacang, pergh! pasti terangkat!

Sumber : Instagram @ayamgepukmalaysia

Yan tu kita bar tunjuk cili padi beserta sambal kacang tanah digesek bersama-sama, kalau makan apatah lagi kan? Jadi, bersesuaian dengan taglinenya, ayam gepuk Pak Gembus menyajikan tahap kepedasan bergantung kepada tahap kegilaan pedas korang. Korang nak level berapa? Sebab di ayam gepuk Pak Gembus ni, level kepedasannya bermula dari level 5, level 10 dan level 15.

So korang agak lah level korang masing-masing okay!

Sumber : Instagram @ayamgepukmalaysia

Sumber : Instagram @ayamgepukmalaysia

Selain makanan nya yang sedap, harga set makanan disini juga amat berpatutan. Jadi bagi korang yang teringin nak lunch makanan sedap dengan harga yang murah, apa tunggu lagi Ayam Gepuk Pak Gembus adalah pilihan yang tepat!

Terdapat 9 lokasi sekitar Malaysia yang korang boleh terjah lepasni okay, antaranya : 

  1. Gombak
  2. Selayang
  3. Keramat
  4. Rasta TTDI
  5. Shah Alam S7
  6. Sunway Mentari
  7. Cheras Maxim
  8. USJ 21
  9. Danau Kota

Dan, untuk latest update dari team Ayam Gepuk Pak Gembus, korang bolehlah try follow instagram @ayamgepukmalaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 23 May 2024
Trending Sat, 30 Jan 2021

“Saya Resah, Tak Boleh Lelapkan Mata…” – Usop

Kenapa sampai tak boleh tidur? Usop ok tak tu?

Hiburan Sat, 14 Dec 2024

Filem Thriller ‘Limbungan: Tragedi Hitam 1975’ Dalami Dunia Mitos Harimau Jadian

Menampilkan Amerul Affendi dan Kodi Rasheed selaku tunjang utama, filem tersebut turut dibintangi pelakon-pelakon lain seperti Cat Farish, D’Boy Hamdan, Bohari Ibrahim, Zainal Isa, Nor Albaniah dan Azan Addin.

Featured Mon, 23 May 2022

Aplikasi Cari Jodoh ‘Punca’ Kanak-Kanak 12 Tahun Dirogol 

Allahuakbar, 12 tahun dah cari jodoh.. Tak memasal hm

Trending Fri, 16 Jul 2021

Awie Tampil Dengan Coretan Pilu, Jadi OST Drama Bersiri Ayahanda

Lagenda muzik rock Malaysia, Datuk Awie tampil dengan single terbaharunya berjudul Coretan Pilu. Coretan Pilu merupakan gabungan karyawan komposer dan penulis lirik muda iaitu Ikhwan Fatana, Wan Salleh dan Fedtri Yahya pastinya meruntun jiwa pendengar. […]

Hiburan Thu, 5 Jun 2025
error: Content is protected !!