Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida January 25, 2019 @ 12:24pm

Shukri Yahaya Seronok Jadi Pelumba ‘Halal’

Pelakon Shukri Yahya mengaku semakin selesa menjadi pelumba ‘halal’ selepas dua musim menyertai Toyota Gazoo Racing Malaysia.

Akui pelakon drama Andainya Takdir 2 ini, banyak perkara dan selok belok tentang kereta dipelajarinya sepanjang menyertai festival yang dianjurkan oleh Toyota.

“ Saya masih ingat di awal penyertaan, berdebarlah juga. Maklumlah, saya perlu berlumba dengan pelumba profesional. Bukan hanya di kalangan selebriti sahaja.

“ Dua musim bersama mereka, saya belajar bagaimana mengawal kereta ketika memandu dengan laju. Kuncinya adalah tenang dan sabar. Jika tak sabar, bahaya mungkin menanti,” katanya kepada XTRA.

 Akui bapa satu anak ini, dia turut berpeluang menimba pengalaman menyertai kelas berlumba sejak musim pertama festival itu dianjurkan lagi.

“ Saya dan rakan artis lain diajar tentang keselamatan diri ketika di litar. Malah cara untuk mengemudi kereta dengan tepat memandangkan memandu di litar berbeza dengan pemanduan di jalan biasa. Saya seronok berlumba tapi biarlah perlumbaan yang ‘halal’,” katanya.

Selain Shukri, festival perlumbaan Toyota Gazoo Racing (TGR) ini turut menampilkan lapan selebriti terkenal termasuk Janna Nick, Wany Hasrita, Khai Bahar, Diana Danielle dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 28 Mar 2023
Featured Wed, 14 Dec 2022
Events Tue, 7 Nov 2017

30 LAGU TEMBUSI SEMI FINAL MUZIK-MUZIK 32

Sebanyak 30 buah lagu telah berjaya menembusi semi final muzik-muzik yang ke-32. Antara lagu-lagu yang layak adalah berdasarkan undian peminat di carta MM32 dan juga secara wild card menerusi showcase MM32.

Hiburan Tue, 20 Jan 2026
Hiburan Tue, 21 Aug 2018

Kurang 24 Jam, Video Kejutan Raisa Buat Suami Dapat Jutaan Tontonan

Menerusi video bertajuk Our Little Light itu, suaminya Hamish Daud dilihat terkejut seterusnya mengalirkan air mata selepas isterinya menunjukkan keputusan ujian kehamilan.

Hiburan Tue, 25 Jun 2024
Featured Tue, 3 Jan 2023
error: Content is protected !!