Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida February 4, 2019 @ 2:39pm

’Melodi Ada Pembaharuan, Sedap Didengar’- Ketua Juri AJL33 Ulas Kemenangan Lagu HARAM

Ketua juri Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33), Azmeer mengakui kemenangan lagu Haram atas beberapa faktor termasuklah elemen evolusi. 

Komposer itu berkata, pihak juri bersepakat mahukan sesuatu yang baru dan lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong itu mempunyai ‘loop’ besar dan notasi muzik yang ada tengkah moden.

Tambahan pula, katanya bunyi dan melodi lagu Haram dendangan Hael dan Dayang Nurfaizah itu sedap didengar dan dipersetujui majoriti juri.‘

“Sebagai ketua juri, saya kena akur dengan juri lain kerana mereka juga ada ilmu serta kelebihan tersendiri,” katanya.

Azmeer turut menggalakkan pembaharuan dari sudut bunyi dalam penciptaan lagu pada masa depan.

Ditanya di segi lagu-lagu yang tidak kalah, Azmeer mendakwa ada antaranya disebabkan pemilihan lagu yang tidak sesuai dengan vokal penyanyi.

“Ada lagu sangat bagus tapi malangnya vokal penyanyi pula ‘penyet’ lantas menenggelamkan lagu itu.

“Ini bukan pertandingan nyanyian tapi Anugerah Juara Lagu dan majoriti markah pada malam ini adalah pra-penjurian.

“Kalau ada penyanyi yang buat silap pada vokal, juri akan potong markah vokal, bukan pada markah muzik atau melodi,” jelas Azmeer.

Seramai 10 orang juri profesional diketuai Azmeer dilantik untuk menilai 12 lagu yang dipertandingkan untuk AJL33.

Mereka ialah Datuk Wah Idris, Datuk Mokhazani Ismail, Helen Yap, LY Baiduri, Ajai, AG Coco, Manan Ngah, Adi Priyo dan Faizal Uzir (Lok U).

AJL33 menyaksikan lagu Haram nyanyian duet Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah bergelar juara, manakala lagu Bunga nyanyian Ara Johari mendapat Naib Juara.

Susunan: Endy Ashari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 29 Oct 2018

Tahniah! Tauke Timang Anak Ketujuh

Comelnya anak Tauke Jambu, macam papa atau mama dia ni? Hehe. Tahniah Tauke & Nadia!

Events Mon, 12 Feb 2018

HERE’S A LIST OF THE AJL32 WINNERS!

The 32nd Anugerah Juara Lagu ended with an overwhelming response from fans and viewers. Did you catch who the winners are? Here’s a list of all of them.

Featured Mon, 30 Mar 2026

“Tak Ada Salahnya Kahwin Dengan ‘Bekas’ Orang” – Fazley Yaakob

Penyanyi yang juga cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tampil menyuarakan pandangan peribadinya berhubung persepsi masyarakat terhadap individu yang memilih pasangan berstatus janda atau duda.

Featured Wed, 2 Nov 2022
Hiburan Sat, 29 Dec 2018
error: Content is protected !!