Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida February 5, 2019 @ 2:36pm

‘Hidup Kami Tak Lengkap Kalau…’ -One Avenue Band

Walaupun single Kisah Antara Kita popular di hati pendengar muzik tempatan, kumpulan One Avenue Band (OAB) tidak pernah malu untuk meneruskan karier sebagai penyanyi jalanan.

Akui vokalisnya Reyhan, dia dan ahli kumpulan lain akan meneruskan perjuangan sebagai busker biarpun aktif sebagai penyanyi pentas.

“ Ini merupakan tahun ketujuh kami menyanyi di tempat terbuka. Kalau sesiapa yang selalu ke bazar karat atau Plaza Angsana, Johor pasti tahu kami masih aktif.

“ Cuma sejak menerima tawaran persembahan, kami kini mengikut jadual. Maksudnya bukan setiap hari kami busking. Hidup rasa tak lengkap kalau tak busking. Cuma sekarang pada hari tertentu sahaja. Alhamdulillah, rezeki kami,” katanya kepada XTRA.

Dalam perkembangan lain, Reyhan memberitahu OAB bakal tampil dengan single terbaru berjudul Takkan Tercipta tidak lama lagi.

“ Lagu ini merupakan kisah sambungan untuk Kisah Antara Kita. Ia juga sebuah lagu sedih. Kami berharap agar single terbaru ini bakal menambat hati pendengar seperti Kisah Antara Kita lakukan. 

“ Besar kemungkinan, untuk single ketiga nanti kami mahu tampil dengan genre bukan balada. Asyik lagu sedih saja kan,” katanya bersemangat.

Selain Reyhan dan Mahathir, kumpulan yang asalnya dinamakan One Avenue Buskers turut dibarisi oleh Afiq (gitar bes), Ariff (gitar utama) serta Shana (perkusi dan vokal).

Terdahulu, lagu OAB berjudul Kisah Antara Kita layak bertanding pada peringkat separuh akhir Muzik Muzik 33.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 21 Mar 2023
Hiburan Fri, 14 Dec 2018
Featured Fri, 21 Jun 2024

“Saya Yakin Nora Dan Nedim Sudah Fikir Yang Terbaik Untuk Keluarga Mereka”- Fasha Sandha

betul ramai yang mendoakan yang terbaik buat kedua-duanya.❤️

Hiburan Tue, 8 Jan 2019

Asalkan Sihat, Izreen Azminda Idam Anak Perempuan

Tahniah Izreen dan Ude…semoga hajat miliki zuriat perempuan dimakbulkan segera!

Hiburan Tue, 1 Jul 2025

Scha Elinnea Luka & Lebam Demi ‘Anak-Anak Mafia’

Scha Elinnea tak serik berlakon babak aksi

Hiburan Sun, 18 Jun 2023

Tutup Ruangan Komen, Nabila Razali Luah Ucapan Buat MK K-Clique & Siti Hajaar

Semoga Bella pun jumpa jodoh yang baik jugaa ☺️❤️

Hiburan Tue, 15 Jan 2019
error: Content is protected !!