Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida February 14, 2019 @ 12:23pm

’Uncle Ni Penyanyi Ya…’- Zain Hamid Kongsi Pengalaman Ditegur Peminat Gen Z

Bagi yang lahir tahun 80 an dan awal 90 an, anda pasti tahu kumpulan Ruffedge antara kumpulan muzik popular suatu ketika dahulu.

Akui Zain atau Mohd Kamaruzaman Zain Abdul Hamid berkongsi pengalaman disapa peminat muda yang terkejut apabila mengetahui dia sebenarnya seorang penyanyi.

“ Umum tahu saya lebih dikenali sebagai pelakon buat masa ini walaupun sebelum ini saya sebenarnya aktif di pentas nyanyian.

“ Iyalah, peminat Ruffedge sekarang pun saya percaya rata-rata sudah memiliki anak meningkat remaja. Ramai juga peminat yang datang dan bertanya uncle ni dulu sebenarnya penyanyi ya” katanya ditemui di majlis pelancaran filem Iskandar The Movie di MMCineplexes, E Curve Mutiara Damansara.

Tambah Zain, adakala dia tertawa sendiri apabila teringat ada peminat yang tahu kewujudan Ruffedge tetapi tidak tahu dia merupakan salah seorang anggotanya.

“ Sebab itu dia Instagram saya beritahu pengikut bahawa sebelum berlakon, saya merupakan seorang penyanyi.

“ Bukan terjun masuk bidang seni, terus bergelar penyanyi. Buat masa ini, saya menerima tawaran keduanya. Baik menyanyi atau berlakon, saya okay. Cuma kadang-kadang saya pilih projek yang bersesuaian waktu agar keduanya berjalan seimbang,” katanya yang banyak terlibat dalam projek telemovie.

Dalam perkembangan lain, Zain dan anggota Ruffedge lain sibuk mempromosikan single Seperti Mereka yang merupakan hasil ciptaan penuh anggota kumpulan itu sendiri iaitu Azan Addin.  

Single ini dirakam khas oleh Ruffedge untuk peminat setia yang merindui karya terbaru mereka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 27 Feb 2025

Syafiq Kyle Perjelas Sebab Rahsiakan Perkahwinan, Kongsi Perubahan Terbesar Bergelar Suami

Syafiq Kyle syukur bergelar suami. Doa peminat & keluarga termakbul.

Hiburan Mon, 2 Aug 2021

“Terima Kasih Semua Yang Hina Saya” – Terpalit Isu Saman Siti Nordiana Sehingga Dikecam Netizen, Zulin Aziz Kesal Ayat Dimanipulasi

Dek kerana komen terhadap isu yang melibatkan kes saman penyanyi Siti Nordiana disalah erti, pelakon Zulin Aziz menerima kecaman netizen. Difahamkan, Zulin meninggalkan komen menerusi satu hantaran dan ia merujuk kepada kes yang sedang berlaku […]

Hiburan Mon, 2 Sep 2019

Cinta Utuh ‘The Rock’

nampak je ganas tapi dalam hati ada taman…

Featured Tue, 6 Sep 2022

Bertahan atau Pergi? Ini Respons Nad Zainal Kepada…

Berikan anda peluang kedua – Nad Zainal

error: Content is protected !!