Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida February 18, 2019 @ 10:53am

SAH! Shuib Ganti Ajak Di Geng Pagi Hot

Teka teki akhirnya terjawab selepas beberapa muatnaik di Instagram pelawak Shuib sebelum ini seolah memberi bayangan dia bakal bergelar penyampai radio semula.

Pagi ini, Shuib sah menyertai Geng Pagi Hot (GPH) bersama rakan setugas, Fizie dan Shuk Sahar sekaligus menggantikan tempat yang pernah diisi oleh Ajak Shiro sebelum ini.

Shuib menerusi laman Instagramnya memohon maaf sekiranya melakukan silap ketika ke udara pagi ini.

“ Tukar angin, keluarga baru. Semoga dapat menghiburkan pendengar setia dan baru Hot FM. Terima kasih di atas kepercayaan ini,” tulisnya ringkas.

Syarikat pengurusan Ripple mengumumkan penyertaan Shuib atau nama sebenar, Shahmira Muhamad untuk merancakkan lagi segmen pagi setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 6 hingga 10 pagi.

Ketua Audiens Melayu, Nik Nor Azura Nik Mahmood berkata, kemasukan Shuib yang berpengalaman dalam industri hiburan termasuk penyiaran radio bakal merancakkan lagi segmen pagi.

“GPH akan menampilkan pengisian yang lebih segar berdasarkan kisah menarik yang berlaku dalam kalangan pendengar.

“Hot FM masih panjang evolusinya dan banyak idea yang ingin kami hidangkan kepada pendengar.

“Langkah ini diambil untuk kami sentiasa tampil dengan pembaharuan dan mengukuhkan lagi jenama Hot FM daripada segi muzik, hiburan dan pengisian gaya hidup terkini.

“Perubahan dilakukan termasuk kemasukan Shuib adalah berdasarkan kekuatan setiap penyampai yang kami percaya, mampu menghebahkan kandungan ditetapkan,” katanya kepada BH Online.

Selain itu, Hot FM turut mengumumkan pertukaran penyampai segmen seperti Muzik Hot yang akan bersiaran dari jam 10 pagi hingga 4 petang di bawah kelolaan El.

Manakala, Deen dan Haziq akan berganding dalam segmen Jam Hot dari jam 4 petang hingga 8 malam. Zetty pula akan ke udara dari jam 8 malam hingga 12 tengah malam melalui segmen Mega Hot.

Nik Nor Azura berkata, rombakan itu dibuat sesuai dengan usia stesen radio itu yang memasuki tahun ke-13.

“GPH masih mengekalkan segmen yang mendapat perhatian tinggi dan menjadi ikutan pendengar. Ini adalah segmen Sketcah GPH, English GPH bersama Teacher Fati, Story Mory Jihan dan Kak Elo.

Selain itu, Hot FM merancang beberapa kempen menarik untuk disertai pendengar. Ini termasuk Hot FM 13 Lit yang sudah bermula pada 13 Februari lalu selain Hot Selebriti yang menawarkan wang tunai RM10,000 atau wang terkumpul bermula hari ini.- BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 14 Sep 2022

“Saya Risau Dengan Keadaan Isteri” – Hazama, Isteri Tangguh Rawatan IVF

Rezeki Tuhan bagi berbeza-beza.. Semoga dipermudahkan semua urusan 🤲🏼

Hiburan Tue, 4 Apr 2023

Dolla Tak Cemburu Rezeki Antara Satu Sama Lain

Baguslah sokong antara satu sama lain

Hiburan Sat, 28 Jun 2025

Peminat Kagum Hisyam Hamid Kerap Cipta Momen Bersama Anak-Anak

Hisyam Hamid akui hanya kotakan janji terhadap anak-anak, bawa mereka berjalan satu dunia

Hiburan Thu, 13 Feb 2025

AJL39 Semakin Hampir! Siti Nurhaliza Ramal 5 Finalis Berentap Rebut Vokal Terbaik

Siti Nurhaliza pilih lima nama finalis ini berpeluang rebut gelaran vokal terbaik AJL39

Hiburan Fri, 6 Feb 2026

Aya Amiruddin Kesal Wajah Dikritik, Disamakan Dengan Rohingya

Aya Amiruddin meluahkan rasa kesal apabila menjadi sasaran kecaman netizen yang mempersoalkan rupa parasnya

error: Content is protected !!