Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida February 22, 2019 @ 11:41pm

Asyik Bawa Watak Perampas, Syazuwan Hassan Mula Jemu?

Pelakon meningkat naik Syazuwan Hassan berasa sudah tiba masanya untuk dia mencuba watak berbeza dari tawaran diterima sebelum ini.

Kata pelakon Dia Menantu Rahsia ini, dia mengaku mahu lari dari kebiasaan apabila sering ditawarkan watak lelaki perampas. 

“ Saya rindu mahu bawa watak digemari penonton. Sejak kebelakangan ini saya sering ditawarkan watak lelaki yang suka ‘sailang’ hak orang yang membuatkan penonton meluat. 

“ Realitinya, golongan perampas selalu dikecam ramai kan. Agaknya wajah saya sesuai dengan karakter begitu kot,” katanya kepada XTRA.

Pelakon yang pernah membintang filem Pulang ini berharap diberi peluang membawa watak lebih ‘jantan’.

“ Saya teringin bawa watak yang memerlukan saya berlawan atau berlumba. Saya suka menonton karakter yang ada dalam KL Special Force dan KL Gangster.

“ Bukan apa, selalu sangat bawa watak lelaki romantik, perampas, risau orang jemu dengan lakonan saya.

“ Saya pernah berborak dengan pelakon senior yang pernah membawakan watak filem atau drama aksi, kata mereka penerimaan penonton juga berbeza. Orang akan ingat karakter yang sukar dibawa. Kalau boleh saya mahu melakonkan watak menggunakan fizikal (aksi lawan) tanpa bantuan stuntman,” akhirinya.

Dalam perkembangan lain, pelakon berusia 29 tahun ini sedang sibuk di lokasi penggambaran untuk drama Asalkan Dia Bahagia lakonan bersama Shukri Yahaya dan Ayda Jebat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 17 Feb 2019

‘Mereka Tak Mahu Bayaran’- Altimet Terharu 20 Penyanyi Sudi Menyanyi Di Konsert Terakhir

Pasti ramai yang tertanya berapa agaknya kos keseluruhan konsert ini kan, maklumlah ramai penyanyi hebat yang tampil di pentas.

Hiburan Wed, 20 Dec 2023

Imran Aqil & Dahlia Rizal Adakan Lima Kali Majlis Resepsi, Rupanya Gara-Gara…

Ohh patut lah yang penting meriah semua majlis resepsi Imran & Dahlia

Hiburan Wed, 11 Sep 2024
Hiburan Sun, 15 Dec 2024
Hiburan Mon, 30 Mar 2026

Kongsi Foto Bersama Seorang Jejaka, Adira Suhaimi Dah Temui Pengganti?

Adira seakan memberi bayangan hatinya kini sudah dimiliki oleh individu tersebut.

error: Content is protected !!