Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida February 26, 2019 @ 3:42pm

Jadi Duta Produk ANAS Cosmetics, Ayda Terkejut Terima Bayaran Bukan ‘Harga Kawan’

Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat mendedahkan terkejut apabila pengasas produk kosmetik Anas Easkey menawarkan sejumlah harga yang disifatkan setimpal untuk bergelar duta produk di bawah jenama berkenaan.

Kata Ayda, biarpun mereka sudah saling mengenali sejak lapan tahun lalu, Ayda memuji sikap profesional pemilik ANAS Cosmetics itu.

“ Saya kenal Anas sejak dari zaman berlakon drama Rindu Awak 200% lagi. Ketika itu saya menyarungkan busana keluarannya.

“ Jadi pada awalnya Anas memberitahu saya mahu membangunkan produk kosmetik, saya agak terkejut. Umum tahu dia merupakan jurufoto terkenal dan memiliki label pakaian sendiri. Tetapi saya faham apa yang dia lakukan sebelum ini semuanya berkait dengan kecantikan.

“ Apa yang membuatkan saya terkejut apabila dia menyebut harga untuk menjadi duta. Sebagai kawan sudah tentu saya terkejut kerana dia tidak minta ‘harga kawan’ walaupun kami agak rapat,” katanya ketika ditemui sejurus sidang media pelancaran ANAS Cosmetics di Flora Terrace, semalam.

Produk kosmetik ANAS turut menggunakan beberapa selebriti jelita seperti Hawa Rizwan Ahmad Redzuan dan Intan Liana Salleh sebagai wajah rasmi.

Ketika ditanya jumlah bayaran diterima untuk bergelar duta produk kosmetik premium ini, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat ini lebih selesa untuk tidak berkongsi.

“ Saya boleh jawab harganya setimpal dengan apa yang perlu dibuat sebagai seorang duta produk. Jika sebelum ini saya pernah ditawarkan harga kawan-kawan untuk membantu promosi produk, kali ini Anas pula bertanya pada saya sama ada saya setuju atau tidak dengan harga ditetapkan.

“ Insya Allah saya akan jalankan tanggungjawab sebaik mungkin sebagai seorang duta produk,” katanya.

Ayda yang bakal tampil dengan drama Andai Dia Bahagia yang ditayangkan di TV3 tidak lama lagi memberitahu biarpun selesa dengan tawaran menjadi ‘wajah rasmi’ produk, dia tetap aktif berlakon dan menyanyi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 27 Aug 2022

Ibu Sedang Bertarung Nyawa Di CICU, Remy Ishak Mohon Doa Supaya Dapat Bersama Semula

Allahuakbar 😥 semoga ibu Remy Ishak cepat sembuh aamiin dan semoga Remy sekeluarga kuat dan tabah hadapi ujian ini 🤲

Hiburan Tue, 9 Jun 2026

“Kalau Keluar Dari Rumah Ini, Hidup Akan Merana Sebab Dunia Luar Terlalu Keras” – Aliff Syukri Tegur Anak-Anak Jangan Leka Dengan Kemewahan

Aliff menjelaskan dia sengaja tidak mahu membiasakan anak-anak dengan kehidupan terlalu mewah kerana mahu mereka lebih bersedia

Hiburan Thu, 16 May 2019

Sakit Buah Pinggang Bukan Penghalang Ebby Yus Berpuasa

Nanti bila dah sihat sepenuhnya, Ebby mahu kembali kembali ke lokasi penggambaran di luar pula. Semoga terus kuat ya!

Hiburan Fri, 7 Feb 2020
Featured Wed, 10 Sep 2025
Featured Wed, 7 Sep 2022

Isu Peserta Balas Komen Juri, Datuk Ramli MS Tampil Beri Respons – “Bunyi Tak Pernah Menipu, Penyanyi Jangan…”

Legend sudah mari ☺️ Kalau dia salah, kita cakap salah – Datuk Ramli MS

Hiburan Tue, 19 Dec 2023
error: Content is protected !!