Euforia Bola 2026
Events By: Ad Ops March 5, 2019 @ 12:07pm

Siri Jelajah DFKL Pertama Raih Sambutan Hangat

Siri jelajah DFKL 2019 bahagian pertama yang diadakan di tiga buah institut pengajian tinggi sekitar Lembah Klang, hujung minggu lalu telah pun selesai. Siri jelajah yang diadakan telah berlangsung di tiga buah universiti iaitu di  Management & Science University (MSU), Shah Alam,Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Lebih 300 penyertaan secara keseluruhan diterima.

Antara pengarah drama yang hadir untuk memeriahkan lagi acara ini adalah Along Kamaludin dan Heykal Hanifah yang merupakan juri tetap Sesi Uji Bakat DFKL 2019, dan Datuk A. Aida yang merupakan panel sesi kongsi cerita DFKL 2019.

Siri DFKL 2019 turut memperkenalkan platform baru menerusi Sesi Pencarian Influencer khusus untuk mengasah bakat baru yang ada pada generasi muda.

Pengarah terkenal, Heykal Hanifah yang merupakan juri tetap sesi ini turut memberikan pujian terhadap para peserta yang berani tampil ke hadapan dan berani mencuba sesuatu yang baru.

Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, Puan Siti Nurlisia Mohd Nadzri, “Dalam era yang serba digital ini, kami mula mencari bakat individu yang yang fasih membuat review dan aktif menggunakan laman media sosial mereka. Antara kelebihan yang akan mereka terima apabila menyertai kumpulan influencer ini adalah mereka akan diberikan pendedahan eksklusif tentang industri hiburan kami seperti hadir ke majlis anugerah kami, menyertai sesi penggambaran drama, menonton seluruh siri drama kami lebih awal dari yang lain, dan banyak lagi”.

Malam kemuncak Anugerah DFKL 2019 yang akan bersiaran langsung pada 7 April. Sebanyak sembilan kategori dipertandingkan dan telah dibuka untuk undian di laman sesawang www.dfkl.com.my sejak 1 Februari yang lalu sehingga 25 Mac 2019. Kategori-kategori tersebut adalah Aktor Pilihan, Aktres Pilihan, Antagonis Pilihan, Pengarah Pilihan, Penulis Skrip Pilihan, Lagu Pilihan, Pasangan Pilihan, Drama Pilihan, dan Drama Rantaian Bahasa Cina.

Kempen DFKL 2019 turut disokong hebat oleh Rakan Media Harian Metro serta Rakan Media Digital tonton, xtra, dan Oh Bulan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 24 May 2018

Hamil Anak Kedua, Lana Nodin Idam Anak Lelaki

Saya harap kali ini dapat anak lelaki… Barulah jadi sepasang. Mana tahu dapat anak berwajah macam suami pula. Insya-Allah kalau tiada aral melintang saya akan melahirkan anak kedua ini pada Disember depan. Tahniah Lana, semoga semuanya dipermudahkan Allah swt…

Hiburan Fri, 6 Sep 2019
Featured Fri, 27 Aug 2021

“Suara Bagus Tapi Tak Ada Pakej Lengkap” – Hazama Cari Bakat Muda

Penyanyi rock Hazama mengakui ada pelapis baharu yang ingin mewarnai dunia nyanyian mempunyai vokal bagus tetapi tidak mempunyai pakej yang lengkap. Bakal tampil menjadi juri menerusi program pencarian bakat baharu atas talian, COF LOCKSTAR, Hazama […]

Hiburan Tue, 21 Jan 2020
Hiburan Mon, 20 Nov 2017

小S被爆接演「道明寺家的女人」经纪人证实了!

中国版《流星花园》准备开拍,由偶像剧教母柴智屏重掌制作人,是否会找来前作的F4、大S回归,受到各界好奇!最新消息爆出,道明寺的妈妈或姐姐会是走红两岸的小S!

Featured Wed, 24 May 2023
Hiburan Sun, 5 Jan 2025
error: Content is protected !!