Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Hiburan By: SGMS Faida March 5, 2019 @ 11:00pm

Yazit Ahmad Buntu Cari Duit Biaya Kos Pembedahan Anak

Bekas pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad buntu untuk mencari wang bagi membiayai kos rawatan pembedahan jantung anak keudanya, Shahmirnuri.
Kata Yazit, pelbagai ikhtiar telah dilakukan termasuklah menjual dua kereta kepunyaanya dan anak sebagai langkah mengumpul wang.
“ Anak saya mengadu sesak nafas secara tiba-tiba sedangkan dia tidak mempunyai sebarang penyakit sebelum ini.
“ Dalam seminggu, saya tengok keadaannya semakin teruk dan terus membawanya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Doktor buat pemeriksaan dan mengesahkan jantungnya bengkak,” katanya kepada Harian Metro.
Tambah Yazit, anaknya perlu menjalani pembedahan di Hospital Serdang yang mana jantung anaknya perlu dimasukkan bateri dan saya kena sediakan kos sekitar RM40,000 untuk pembedahan,” katanya kepada Harian Metro hari ini.
Menurutnya, dia buntu mencari wang sebanyak itu dan meminta bantuan rakan menularkan cerita berkenaan di laman sosial.
“ Mereka akur dan bantu saya, tapi senyap saja serta tiada respon daripada masyarakat. Mana orang ada duit untuk bantu dalam keadaan sekarang.
“ Setakat ini saya belum mengajukan perkara ini kepada mana-mana persatuan artis dan bercadang berjumpa Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanah air (YKAT) Datuk DJ Dave untuk meminta bantuan.
“ Saya juga berusaha mendapatkan bantuan Baitulmal dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mencari wang bagi tujuan ini,” katanya.
Nasib Yazit ibarat sudah jatuh ditimpa tangga kerana dirinya juga uzur akibat masalah buah pinggang dan memerlukan kos yang tinggi untuk rawatan dialisis.
Selain Boy, Yazit dan isterinya, Ramlah Ahmad, 59, turut mempunyai dua anak perempuan iaitu Razilah, 38, dan Shafiqa Nurlis, 29.- Harian Metro.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 28 Jun 2025
Hiburan Fri, 1 Feb 2019
Hiburan Fri, 1 Mar 2019

这个周末约定你!倪安东《Anthology Vol.I》第二波宣传

倪安东携新作《Anthology Vol.I》3月2日及3日一连两天,来马进行第二波宣传!

Hiburan Wed, 2 Jan 2019

Bakal Dapat Anak Ketiga, HaHa Running Man Nak Berubah?

Lepas Ha Dream dan Ha Soul, agaknya apa nama anak ketiga HaHa ni ya?

Hiburan Wed, 22 Aug 2018

S.H.E合体哭了! 911音乐会「多说话or唱歌」这样决定

天团SHE成军17周年,不只将在9月11日举办万人「十七音乐会」,也特地邀请吴青峰为她们三人量身创作全新单曲《十七》!

Hiburan Sun, 24 Dec 2023
Featured Fri, 14 Apr 2023
Acara Sun, 4 Dec 2022
error: Content is protected !!