Euforia Bola 2026
Acara By: Fatin Nurain December 4, 2022 @ 11:41am

Ne-Yo Bakal Adakan Konsert Di Malaysia 21 Januari Depan!

Penyanyi antarabangsa Ne-Yo bakal mengadakan konsert di Malaysia anjuran Hitman Solutions, pada 21 Januari depan.

Konsert yang dinamakan ‘NE-YO Live In Malaysia’ itu juga akan berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), jam 8.oo malam.

Menurut Rohit Rampal selaku penganjur, Hitman Solutions tidak mahu melepaskan peluang ini untuk menjadikan Malaysia sebagai salah satu negara yang terlibat dalam siri jelajah konsert penyanyi yang terkenal dengan lagu On In A Million itu.

Malah, dia turut meluahkan rasa terujanya untuk menyajikan konsert yang sangat bermakna ini buat peminat muzik pop R&B tanah air yang membesar dengan lagu-lagu Ne-Yo.

“Kita semua membesar dengan lagu-lagu nyanyian Ne-Yo yang begitu dekat di hati serta gerak tarinya yang mengasyikkan dan kini, apabila beliau aktif mengadakan siri jelajah konsert, kami tidak mahu melepaskan peluang ini untuk membawa Ne-Yo ke sini setelah konsert terakhirnya di Sunway Lagoon Surf Beach kira-kira 12 tahun yang lalu.

“Pada konsert itu nanti, kami berharap mereka yang lahir pada 90-an dan 2000 akan hadir kerana Ne-Yo merupakan salah satu artis paling ‘top’ ketika itu.

“Kami juga yakin malam konsert itu nanti akan mengimbau kembali kenangan zaman remaja dan membangkitkan emosi penonton melalui nyanyian lagu-lagu ‘soul’ yang menggamit perasaan dan sinonim dengan Ne-Yo,” katanya.

Orang ramai boleh mula mendapatkan tiket konsert ‘NE-YO Live In Malaysia’ itu menerusi laman web rasmi www.hitmanlive.com bermula 5 Disember 2022 ini.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 20 Apr 2019

Kerana Kekasih Facebook Wang Hantaran RM60,000 Lesap

Hanya kerana percaya habis duit hantaran lesap

TECH Sun, 9 Dec 2018

5 Aplikasi Terbaik untuk Mencantikkan Instagram Stories

Mencantikkan pandangan Instagram Stories kini lebih mudah dengan 5 aplikasi di bawah ini.

Hiburan Thu, 25 Sep 2025
Hiburan Wed, 22 Jan 2025

Bertemakan #NadaRasa, AJL 39 Janjikan Persembahan Mega 10 Finalis!

#AJL39 janji persembahan 10 finalis luar biasa!

Trending Mon, 19 Aug 2019

Isteri mengerjakan haji, Aliff Syukri berdangdut?

Datuk Seri Aliff Syukri bakal dilibas bonda?

error: Content is protected !!