Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida March 9, 2019 @ 1:00pm

Nora Teruja Duet Dengan Aishah Sempena Minggu Setiausaha April Depan

Penyanyi Nora Ariffin mengaku cukup teruja dapat berganding sama dengan penyanyi Aishah di Majlis Makan Tengahari sempena minggu setiausaha di Hotel Palace Of Golden Horses (PGH) pada 25 April depan. 

Kata penyanyi lagu Di Persimpangan Delima ini, beliau kini kembali bersedia menghiburkan penggemarnya selepas beberapa tahun menyepi dari dunia seni.

“ Macam tak percaya pun ada. Saya meminati Kak Aishah sejak dulu lagi. Bila tiba-tiba dapat berkongsi pentas, sudah tentu saya teruja.

“ Saya mungkin menggunakan pendekatan berbeza dari persembahan sebelum ini. Ada beberapa lagu duet bersama kak Aishah akan kami persembahkan,” katanya kepada XTRA.

Menurut penyanyi berusia 46 tahun ini, beliau kagum dengan sifat penyanyi yang boleh dikategorikan sebagai penghibur lagenda tanah air.

“ Sikapnya yang merendah diri walaupun sudah merakamkan beratus-ratus lagu membuatkan saya hormat dengan beliau.

“ Itu perbezaan artis baru dan lama. Terbang tinggi mana pun, masih tidak lupa untuk tunduk ke bawah. Saya berharap persembahan kami nanti dapat memuaskan hati penonton yang bakal hadir.

“ Insya Allah, saya buat yang terbaik memandangkan sudah lama tidak membuat persembahan di acara sebegini,” akhirinya.

Selain Aishah dan Nora, pemain saksofon Alif Nasir turut meraikan ‘Spectacular Secretaries Luncheon 2019’ bertempat di PGH pada 25 April depan.

Wartawan lokasi: Nabil 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 12 Jan 2023

Gara-Gara Berimej Mewah, Didakwa ‘Ditaja’ VVIP… Ini Respons Lia Natalia

Betul ke ‘ditaja’? Ini jawapan tuan empunya badan

Hiburan Mon, 15 May 2023

[VIDEO] Chan Yeol Terkejut Munabella Boleh Bertutur Bahasa Korea

sekarang ni semua pandai cakap bahasa korea pengaruh kdrama kuat sangat

Hiburan Fri, 26 Apr 2019

‘Apa Faedah Bawa Artis KPOP Datang Sini?’- Datuk Awie Tempelak Tindakan Menteri?

Tahun Melawat Malaysia tapi artis luar pula yang dijemput. Kenapa agaknya ya?

Featured Fri, 19 May 2023
error: Content is protected !!