Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal February 17, 2019 @ 10:24am

Penunggang Grabbike Yang Di Pesan Adalah Bapa Sendiri Yang 10 Tahu Terpisah

Meskipun kita sering mendahulukan ibu dan kasih sayangnya tapi tidak kita lupa bahawa kasih sayang seorang bapa tiada bandingannya.

Segelintir bapa mungkin tidak terlalu menunjukkan rasa sayangnya terhadap sang anak tetapi jauh di dalam hatinya sarat dengan kasih sayang terhadap keluarganya.

Tular di media Indonesia hingga ke Malaysia baru baru ini dimana kisah seorang gadis bertemu semula dengan ayah kandungnya setelah 10 tahun terpisah.

Salma Zuhara, 17 berasa terkejut dengan pada awalnya dengan kejadian itu tetapi bersyukur kerana dapat berjumpa semula dengan bapa kandungnya.

Pertemuan tak diduga itu terjadi apabila gadis ini memesan Grab motosikal dan mendapati penunggang Grab itu adalah ayahnya sendiri.

“Order Grab dapat papaku sendiri, aku baru tau ternyata papaku sekarang kerja Grab,” tulisnya di laman Instagramnya.

Menurut sumber, sejak terpisah sekitar 7 tahun lalu, Salma mencuba untuk mencari bapanya itu namun akhirnya dia berserah pada takdir setelah usahanya gagal.

“Jadi pagi tadi saya pulang dari sekolah, saya pesan Grab, pada awalnya saya hanya memerhati platnya saja, namun bila semakin dekat saya terkejut melihat wajah pemandu, seperti orang yang saya kenal. Terus saya tanya dan ternyata itu papa,” ujar Salma.

Bagaimanapun, memandangkan itu adalah kali pertama mereka berjumpa setelah sekian lama terpisah, Salma akui dia berasa agak kekok.

Mereka sempat meluangkan masa bersama dan bapanya meninggalkan sedikit nasihat berguna untuknya.

“Papa pesan supaya menjadi anak yang baik, belajar bersungguh-sungguh dan terus membuat mama bangga serta membantunya,” akhirnya.

Sumber- Tribun Batam

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 18 Jul 2019
Trending Sun, 19 May 2019

菲总统发表演讲被蟑螂「附体」了!

菲律宾总统罗德里戈·杜特尔特(Rodrigo Duterte)日前在一场竞选集会上发表演讲时,发生一个有意思的小插曲……

Trending Fri, 29 Nov 2019
Featured Mon, 16 Jan 2023

Duan Naga Bogho Angkat Martabat Jati Diri Orang Kelantan

Cerita ni best! wajib tengok okay….👍👍👍

Hiburan Mon, 3 Nov 2025

“Saya Sendiri Nak Buat, Bukan Suami Paksa!” – Fatin Nafi Dakwaan Prince Syed Suruh Jalani Pembedahan Bariatrik

Fatin juga meluahkan rasa kecewa apabila isu pembedahan tersebut tiba-tiba dikaitkan dengan masalah rumah tangga mereka

Featured Thu, 14 Nov 2024

Aaron Aziz Bengang, Duit Perniagaan Isteri Disonglap Puluhan Ribu – “Kau Keji, Hipokrit, Biadap, Pendusta & Tak Bersyukur”

Aaron memaklumkan dia berasa sangat kecewa dan marah apabila wanita terbabit tergamak mengkhianati kepercayaan yang diberikan isterinya.

Featured Mon, 13 Apr 2026

“Jangan Dia Minta Bau Simen Pula”- Harris Annuar & Isteri Bakal Timang Anak Kedua

Pelakon Harris Annuar berkongsi berita gembira apabila isterinya, Asha Merican kini sedang hamil anak kedua mereka.

error: Content is protected !!