Euforia Bola 2026
Hiburan By: Ad Ops March 14, 2019 @ 11:39pm

Kami Masih Dalam Mood Honeymoon, Siti Saleha Jawab Soal Zuriat

Sudah agak lama rasanya kita tidak melihat lakonan Siti Saleha di kaca televisyen, sejak mendirikan rumah tangga tahun lalu pastinya fokus utama pelakon wanita cantik berdarah kacukan ini adalah keluarga dan suami.

Walaupun tidak seaktif dulu di kaca televisyen, tetapi Siti Saleha mengakui masih menerima beberapa tawaran berlakon yang diberikan kepadanya.

“Tawaran masih tetap ada, alhamdulillah untuk bulan puasa ni, saya akan terlibat dalam beberapa projek baru”ujar Siti Saleha. Ditanya mengenai sekiranya suaminya memberikannya keizinan berlakon apabila ada adegan tertentu, “sebagai isteri kita pun tahu kita punya batas, kalau ada adegan tertentu yang tidak sesuai dengan status saya sebagai isteri sudah tentu saya menolak”.

“Soal zuriat pastinya setiap pasangan mengimpikan untuk ada anak tetapi kami masih lagi dalam fasa honeymoon. Masih lagi enjoy kehidupan berdua”.

Ditanya siapa pelakon lelaki yang Saleha teringin untuk digandingkan bersama, Saleha akui dia teringin untuk bekerja bersama Shafiq Kyle. Siti Saleha ditemui di majlis pelacaran E! dan Media Prima Television Network.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 10 Sep 2022
Hiburan Wed, 25 Jun 2025

Dukes Luah Luka Terpendam Dalam ‘Bila Kau Datang Menangis’

Dukes berkata proses merakam lagu ini tidak mudah kerana ia menuntut sepenuh komitmen dari emosi.

Hiburan Tue, 5 Mar 2019

Agaknya Kenapa Marsha Sebak Ketika Pelancaran Lagu Bimbang?

Bila dengar lagu Bimbangterus Min boleh imagine mesti drama Nur 2 ni lagi kontroversi

Featured Mon, 6 Nov 2023

“Dia Kunci Bilik Persalinan Sebab Nak Cabul Saya” – Firdaus Ghufran Kini Lebih Berhati-Hati

Bahaya juga macam ni ek~ Niat nak pergi kerja alih-alih ada pulak perangai 👻

error: Content is protected !!