Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd March 25, 2019 @ 1:48pm

Penumpang Berdepan Detik Cemas! Kapal Mewah Viking Sky Hampir Tenggelam

Sebuah kapal mewah yang diberi nama “Viking Sky” hampir tenggelam apabila berdepan detik cemas saat dilambung ombak setinggi 8 meter di Laut Norway. 

Kapal mewah yang membawa 1300 penumpang itu dipercayai mengalami kerosakan pada salah satu enjinnya sebelum diserang ombak.

Kapal persiaran mewah itu menghantar isyarat kecemasan Mayday pada jam 2 petang hari Sabtu yang lalu, krew helikopter turut mengambil masa selama berbelas jam untuk menyelamatkan warga emas di dek kapal. 

Sebuah video yang dirakamkan oleh salah seorang penumpang menunjukkan keadaan kapal berpusing ke sudut sekitar 45 darjah akibat dilambung ombak, air laut turut memasuki kawasan kapal.

Sumber: Daily Mail

Walaubagaimanpun, salah sebuah enjin kembali berfungsi dan kapal mewah itu akhirnya berjaya tiba di pelabuhan pantai Molde, Norway.

Torstein Hagen, pemilik kapal mewah tersebut berkata kebanyakan penumpang mereka adalah warga emas. “Kejadian ini  membuatkan mereka trauma tetapi mereka dapat menanganinya dengan baik”.

Menurut stesen TV Norway, 20 orang telah dibawa ke hospital, 3 dengan kecederaan serius, dan seorang lelaki berusia 90 tahun dan isterinya berusia 70 tahun cedera parah.

Saksikan detik-detik cemas kapal ini hampir tenggelam di tengah lautan Norway.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 13 Mar 2023
Hiburan Sun, 15 Jun 2025

Aprena Manrose Umum Perceraian – “I Am No Longer Afiq’s Wife”

Jodoh Aprena Manrose tak panjang, akhirnya cerai.

Trending Sat, 18 Jul 2020
Featured Fri, 15 Dec 2023
Featured Wed, 7 Jun 2023
Featured Mon, 20 Jan 2025
error: Content is protected !!