Hiburan By: SGMS Faida March 26, 2019 @ 1:08pm

Justin Bieber Umum Mahu Rehat Dari Karier Tapi…

Sejak berkahwin pada September tahun lalu, karier seni penyanyi popular Justin Bieber dilihat bergerak perlahan.

Hal ini dapat dilihat di sosial media apabila penyanyi berusia 25 tahun ini kurang aktif memuatnaik hal berkaitan kerja.

Bieber dalam entri terbaharu mengumumkan beliau mahu berehat seketika dan fokus menjadi seorang suami dan bapa.

“Saya sedang mengenal pasti kesilapan yang saya lakukan dan berusaha memperbaiki kesilapan. Dalam masa sama, saya sedang mencari penyelesaian masalah yang saya hadapi supaya saya boleh mempertahankan perkahwinan saya dan menjadi seorang bapa yang saya inginkan.

“ Saya membaca banyak mesej daripada peminat yang mengatakan kamu semua mahukan album baru,” tulisnya.

Menurut Bieber, persembahan di konsert jelajahnya yang terakhir menyaksikan dia gagal memerikan fokus penuh ketika membuat persembahan buat para peminatnya.

“ Saya mula menjelajah ketika remaja lagi seawal usia 20-an, saya sedar dan kamu juga nampak saya tidak kelihatan seronok ketika konsert jelajah kali terakhir itu dan saya tidak patut melakukan sedemikian dan kamu juga tidak patut mendapatkan layanan seperti itu kerana peminat membayar tiket konsert untuk melihat saya beraksi dengan penuh tenaga dan yang terbaik tetapi malangnya saya tidak dapat melakukannya sehingga ke akhir persembahan,” tulisnya.

Tambah penyanyi yang mula dikenali sejak berusia 12 tahun ini, dia akan kembali dengan album baharu secepat mungkin.

“ Bidang muzik adalah minat saya bagaimanapun saya perlu memberikan tumpuan kepada kesihatan dan keluarga terlebih dahulu,” akhirinya. 

Menerusi ruangan komen di Instagramnya, sebilangan besar peminatnya memberikan kata-kata semangat kepada beliau dan sedih dengan berita itu.

Sementara itu, suami kepada supermodel Hailey Baldwin ini terpaksa membatalkan konsert jelajah hujung minggu ini di seluruh Amerika Utara, Hong Kong, Filipina dan Singapura.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 16 Nov 2022

Terpaksa Bersalin Awal, Isteri Aditya Zoni Alami Tekanan Teruk

Allahu.. Semoga cepat sembuh. Alhamdulillah dapat anak lelaki

Featured Fri, 24 Mar 2023
Selebriti Sat, 7 Oct 2023
Hiburan Tue, 12 Feb 2019
Hiburan Fri, 12 Jul 2019

‘Semua Salahku’- Keluarga Jadi Punca Pelakon Baru Ini Berdepan ‘Masalah’ Disiplin?

Masalah keluarga jadi sebab pelakon baru ini dikatakan memberontak..

Hiburan Wed, 22 Aug 2018

Kali Ini Gimik Murahan Dari Daiyan Trisha

“Gimik Murahan Daiyan Trisha Setaraf Haqiem Rusli”

Hiburan Tue, 13 Nov 2018

Pesalah Sebar Filem Munafik Secara Haram Diarah Bayar RM100K

Haa, lepasni kalau tak insaf lagi, tak taulah nak cakap apa