Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida April 1, 2019 @ 10:33am

Tak Sia-Sia Jadi Pak Arab, Chiwan Muncul Juara Minggu Kelima BBB2019

Minggu kelima program Bintang Bersama Bintang 2019 (BBB2019) menyaksikan Chiwan bergelar juara mingguan.

Persembahan Chiwan atau nama penuhnya Mohd Azwan Sabri menampilkan kelainan malam tadi dengan membawa anggota kumpulan Chilok, Achok ternyata membuatkan penonton ‘pecah perut’

Membawa watak sebagai pemuda Arab yang menjalankan aktiviti perdagangan manusia, jenaka Chiwan turut menerima pujian daripada juri tetap, Saiful Apek.

“ Chiwan memang seorang yang berani mengambil risiko dengan selalu membuat percubaan dengan pelbagai konsep setiap minggu. Bawa watak orang Cina boleh, Arab boleh, awak memang berani mencuba. Sangat lawak di atas itu daj saya terhibur,” kata pelawak otai ini.

Lebih istimewa, ini merupakan kemenangan kali pertama Chiwan di pentas BBB2019. Kemenangan minggu kelima ini turut melayakkan Chilok membawa pulang wang tunai berjumlah RM 10,000. Tahniah Chiwan! 

Jangan lupa saksikan BBB2019 setiap Ahad bermula jam 9 malam yang bersiaran langsung di TV3 dan Tonton. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 22 Jun 2026

Nourul Depp Tahan Sebak, Menanti Anak Sulung Pulang Ke Pangkuan – “Harap Dia Kembali Ketika Saya Masih Hidup”

Nourul bagaimanapun menegaskan dia percaya Ayu adalah seorang anak yang bijak dan memiliki asas agama yang baik hasil didikan yang diterapkan sejak kecil.

Hiburan Sat, 9 Dec 2017

Tahniah Buat Tauke Selamat Bernikah

Tauke Selamat Bernikah Dengan Pilihan Hatinya selepas mengikat tali pertunangan pada 5 Disember 2015.

Hiburan Thu, 12 Apr 2018

Ucapan Ulangtahun Jonghyun SHINee Kini Trending!

Sempena menyambut ulang tahun kelahiran Jonghyun pada 8 April yang lalu, anggota kumpulan SHINee turut memberi penghormatan kepada beliau malah, ianya juga turut menjadi trending dilaman twitter

Hiburan Sun, 19 May 2024
Featured Wed, 24 Jan 2024
Featured Sat, 9 Aug 2025
error: Content is protected !!