Hiburan By: SGMS Faida April 5, 2019 @ 2:37pm

Peminat Nak Bunuh Diri, Ini Reaksi Faizal Tahir!

Penyanyi Faizal Tahir telah memuat naik sebuah video tentang seorang peminatnya yang berniat untuk membunuh diri. Dalam video tersebut, Faizal menyatakan bahawa ramai peminat menghubunginya apabila beliau memuat naik satu video di Instagram story dan meletakkan nombor telefonnya 2 bulan yang lepas supaya peminat boleh menghubunginya secara peribadi.

Jelas Faizal, ramai peminatnya menghantar mesej ke nombor tersebut namun Faizal tertarik kepada seorang peminatnya yang membuat pengakuan bahawa peminatnya itu pernah terdetik untuk membunuh diri akibat tekanan hidup.

” Dia ada hantar sebuah screenshot tweetnya sehari sebelum saya membuat video call. Saya tak dapat agak yang dia tertekan sehingga berniat untuk bunuh diri sebab mood dia sangat baik. Dia sangat ceria, senyum dan intonasi dia macam orang tiada masalah.

” Apa yang saya dapat simpulkan, depresi adakala tidak menunjukkan tanda pada wajah dah mood,” katanya dalam sebuah video berdurasi hampir lima minit itu. 

Pengakuannya itu dikongsikan kepada Faizal dengan menyertakan sebuah tangkapan skrin tweet nya yang bertarikh 17 Januari 2019 untuk membunuh diri.

Setelah mendapat mesej tersebut, Faizal terus menghubungi peminatnya untuk memberi semangat dan peminatnya itu menunjukkan rasa bersyukur kerana mendapat kata-kata semangat daripada Faizal sendiri.

Faizal juga melahirkan rasa bersyukur dan mengatakan bahawa inilah kekuatan muzik dan ini adalah antara sebab beliau masih meneruskan kerjaya muziknya. Yang paling penting, mesej yang ingin disampaikan dalam lagu Bisa Aja dapat memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 14 Dec 2017

TAKKANLAH SAMPAI TERPESONG KOT? – AERIL ZAFREL

Kepada netizen mahupun keyboard warrior diluar sana, janganlah terlalu menghukum, ambil gambar bersama pokok krismas pada zaman ni kan normal? takkanlah sampai terpesong kot?

Featured Fri, 17 Feb 2023
Hiburan Thu, 16 May 2019

Punyalah Manja…Suami Nak Makan Masakan Syahrini Sahaja!

Kalau tidak, dia tidak mahu makan. Begitu. Manja ya Pak RB…

Featured Tue, 18 Jul 2023
familuv Sat, 17 Dec 2022

Netizen Sebak Lihat Hubungan Akrab Puteri Balqis & Ibu – “Mereka Harungi Liku Kehidupan Bersama…”

Tular perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang menunjukkan keakraban dan kemesraan pelakon Puteri Balqis dan ibu, Norashikin Mohd Aziz, baru-baru ini. Menerusi hantaran tersebut, Norashikin sentiasa menemaninya dan turut berada di sisi […]