Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida April 8, 2019 @ 4:16pm

‘Kalau Kurang ‘Pakej’, Jangan Sentap’- Ucapan Azhan Rani Di Pentas DFKL 2019 Tarik Perhatian Ramai

Pelakon Azhan Rani menganggap kemenangan malam tadi di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 (DFKL 2019) sebagai hadiah atas kerja keras selamanya bergiat dalam bidang lakonan.

Kata Azhan yang memenangi kategori Antagonis Pilihan malam tadi, dia turut berpesan kepada individu yang berminat untuk terjun dalam bidang lakonan namun tidak memiliki ‘pakej’ agar tidak terus mengaku kalah.

” Bukan ini yang aku cari pun selama ini, terus diterima, dibukakan rezeki dan dipilih menjayakan karya2 baik itu sudah satu anugerah. Namun seperti apa yang aku katakan tadi di atas pentas aku mewakili mereka yang punya bakat namun andai hadir dengan kurang ‘pakej’ usah lagi kita sentap, kita rajuk. Kita positif sahaja dan pegang pada nawaitu kita,” luahnya.

Menerusi sebuah entri panjang di Instagramnya, pelakon drama Nur 2 ini bersyukur apabila segala usaha kerasnya akhirnya mendapat tempat dan turut berterima kasih kepada penyokong drama popular itu.

” Moga anugerah di tangan ini menyuntik semangat rakan-rakan seperjuangan aku yang lain terus melipat gandakan usaha, tabah dengan apa pun cabaran dan seandai di puncak kejayaan jangan biarkan keangkuhan datang walau sedetik dalam hati.

” Moga kata-kata ini jadi peringatan buat diri aku sendiri. Umur pun makin tua kot-kot aku cakap harini esok aku lupa tolong luku kepala aku. Terima kasih atas ucapan tahniah yang bertalu-talu aku terima, mata ngantuk dan esok pun kerja. Aku try scroll mana yang mampu baca tapi ampun tak mampu nak balas semua. Mohon jangan dilambung aku terlalu tinggi. Segala puji adalah buat Allah yang mengizinkan kebaikkan,” katanya.

Sementara itu, Azhan yang memegang watak Syed Hamadi ini turut berterima kasih dengan syarikat produksi Radius One dan pengarah terkenal, Shahrulezad Mohameddin yang memberinya peluang untuk beraksi dalam karya hebat ini. 

Tambahnya, plag kemenangannya itu juga hadiahkan kepada syarikat Radius One dan akan diletakkan di pejabat syarikat produksi itu.

” Bimbang nanti terdetik rasa megah dan terlalu selesa dengan apa yang ada ini. Aku cuma nak terus menyumbang kepada kerja yang aku sayang ini. Izinkan aku untuk terus berada di sini. Terima kasih atas semua doa juga sokongan buat aku dan drama Nur,” akhirinya. 

Anugerah DFKL yang berlangsung secara langsung di TV3 dan Tonton.my malam tadi menyaksikan drama Nur membolot enam plag termasuklah pengarah, aktor, skrip, antagonis dan drama pilihan. 

Jangan lupa saksikan drama Nur 2 yang bersiaran setiap Isnin-Jumaat bermula jam 10 malam!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 10 Jun 2019

林子祥9月重登云顶!用微笑征服粉丝的心

林子祥9月重登云顶世界舞台,势必用微笑征服粉丝的心!

Featured Thu, 26 May 2022

Halusinasi Dipercayai Punca Remaja Tikam Ibu Sedang Tidur

Allahuakbar… ibu masih dalam keadaan sangat parah

Hiburan Fri, 25 Aug 2023
Featured Mon, 3 Oct 2022

[VIDEO] “Memang Gaya Dia, Bukan Sebab Cerai!” – Noh Salleh ‘Meludah’, Peminat Tepis Dakwaan Negatif

Bak kata netizen, hal peribadi jangan dikaitkan gaiss hihiii. Pahit tak kena ludah Noh? 🤣🤭

Acara Tue, 13 Dec 2022

Semakin Sengit! 4 Pasangan Berentap Tawan Hati Sheila Rusly & Chef Adu Dalam Dapur Tempur Separuh Akhir

Siapakah yang bakal melangkah ke pusingan akhir? Jom tengok Dapur Tempur

Featured Fri, 31 Mar 2023
Hiburan Mon, 26 Feb 2024

Doa Alif Satar Dimakbulkan, Sonny Bill Williams Hadir Ke Program #GengSubuhMacamJumaat Di Putrajaya

Lain macam pengaruh Alif sampai Williams pun join #GengSubuhMacamJumaat! Alhamdulillah 🤲🏼

error: Content is protected !!