Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin April 9, 2019 @ 12:10pm

Hael Husaini Lancar Single ‘Hari Ini’

Selepas mengukir kejayaan kali kedua menjadi juara di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL33) menerusi lagu ‘Haram’ duet bersama Dayang Nurfaizah, penyanyi sensasi Hael Husaini nyata tidak menunggu lama untuk menghasilkan buah tangan terbaru untuk para peminatnya. Kini Hael meneruskan langkah cemerlangnya dalam industri muzik Malaysia dengan melancarkan single terbaru yang berjudul ‘Hari Ini’.

Bagaikan isi dengan kuku, Hael Husaini dan Ezra Kong ibarat irama yang bersatu dengan lagu. Single ‘Hari Ini’ turut menyaksikan gabungan idea magis dari dua komposer terkenal ini.

Lagu yang berkisarkan tentang pasangan suami isteri yang mengharungi kehidupan rumahtangga dan pada masa yang sama isterinya mengalami penyakit kanser. Manakala, suaminya pula berusaha untuk merealisasikan setiap permintaan isteri tercinta yang sedang bertarung dengan penyakit kanser itu.

Menurut, Ketua Label Muzik Rocketfuel Records, Feros berkata, beliau yakin dengan lagu terbaru Hael ini kerana, lagu-lagu hasil ciptaan gabungan Hael dan Ezra Kong ternyata tidak pernah menghampakan.

“Hael Husaini dan Ezra Kong sering tampil dengan idea baru. Lagu-lagu yang mereka hasilkan bersama setakat hari ini belum pernah mengecewakan. Oleh itu saya sangat yakin dengan single terbaru Hael ini pasti akan di terima ramai khususnya peminat fanatik beliau. Rangka promosi untuk lagu ini telah disusun dengan baik oleh pihak pengurusan dan diharapkan lagu ini dapat membawa Hael Husaini lebih jauh mungkin ke peringkat antarabangsa,” Katanya.

Dan, walaupun baru empat hari dilancarkan, lagu ini telahpun berjaya menjadi nombor 9 trending di Youtube!

Jadi, kepada peminat setia Hael Husaini, korang bolehlah memuat turun single terbaru dari Hael menerusi iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ‘Hari Ini’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 19 Jul 2018

李承运相隔五年回归舞台剧 意识大胆「含有成人场面」

三届剧帝李承运相隔五年再度回归舞台剧,这次他带来全新作品只限16岁以上人士观赏,并含有成人「动作」场面!

Hiburan Thu, 12 Jun 2025

Syed Iqbal Menyerlah Dengan Basstamam, Lirik ‘Wahai Bulan Purnama’ Jadi Tumpuan di TikTok!

Penyanyi baharu, Syed Iqbal mencuri tumpuan ramai menerusi single sulungnya “Basstamam”.

Hiburan Mon, 13 Jan 2020
Featured Fri, 21 Feb 2025
Featured Wed, 19 Nov 2025

Rita Nadira Tayang Kekasih Hati – “Happy Birthday My Love”

Rita Nadira menyorot perhatian ramai selepas berkongsi foto bersama teman istimewanya.

Featured Sat, 28 Jun 2025

“Semoga Semua Ibu Tunggal Terus Kuat, Anda Insan Luar Biasa”- Fazura

Memilih ketenangan berbanding ‘drama’ bukanlah satu kelemahan sebaliknya itu adalah tanda untuk tumbuh lebih cemerlang.

Hiburan Thu, 12 Jul 2018

‘Perkahwinan Tidak Lagi Menjadi Keutamaan’ – Fathia Latiff

Fathia Latiff akui tidak lagi meletakkan perkahwinan sebagai keutamaan diri. Kenapa?

Hiburan Mon, 9 Sep 2019

Uqasha, Rashidi Ada Apa-Apa ke?

Untungnya Uqasha..kiri kanan orang nak!

error: Content is protected !!