Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin April 16, 2019 @ 5:18pm

#SetulusIkhlas : Kisah Pemandu Grab Kurang Upaya Jadi Inspirasi

Selalunya golongan istimewa ini seringkali dipinggirkan dengan alasan mereka tidak berupaya melakukan kerja-kerja manusia normal namun, perkongsian daripada saudara Hafizul Hakim ini akan merubah pandangan segelintir pihak yang menganggap golongan ini tidak berkemampuan.

Menurut saudara Hafizul, beliau telah membuat tempahan menerusi aplikasi Grab Car, kerana baru sahaj tiba di Lapangan Terbang Kuching. Apa yang peliknya, beliau merasakan ada sesuatu yang lain dengan pemandu berkenaan kerana pemandu tersebut kelihatan menekan wiper kereta menggunakan tangan kanan malah, menukar gear kereta juga menggunakan tangan kanan. Selepas Hafizul memerhatikan beliau, rupanya pemandu Grab tersebut kudung tangan sebelah kiri.

Gambar sekadar hiasan

Menurut pemandu Grab yang dikenali sebagai Galang Anak Jabai, kejadian tersebut berlaku apabila beliau terlibat dalam satu kemalangan jalan raya 16 tahun lepas apabila lori yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori yang ketika itu mahu membelok dan akhirnya, merempuh lori beliau mengakibatkan tangan beliau terputus dalam kejadi tersebut.

” Ingatkan dah mati waktu tu. Darah banyak mencurah-curah keluar.” Jawab pemandu berkenaan sambil  tersenyum.

Namun, apa yang boleh dijadikan iktibar daripada kisah Encik Galang ini adalah, walaupun beliau tidak sempurna sifatnya, tetapi beliau masih bertungkus lumus menggunakan kudrat yang ada bagi menyekolahkan anak-anaknya.

 ” Saya sekolah tak tinggi, tapi tak mahu anak ketinggalan pelajaran. Mana tahu anak saya nanti jadi orang berjaya.” 

“Biar saya susah tapi jangan anak tak sekolah. Memang sudah jadi tanggungjawab sebagai seorang bapa. Bukan cari kemewahan, tapi memang lumrah keperluan hidup.” Tambahnya.

Bagi Hafizul, pertemuan ini dianggap sebagai hikmah kerana, sebagai manusia terkadang kita cepat berasa puas diatas kejayaan dan seringkali mengeluh sekiranya ditimpa pelbagai masalah. Justeru itu,  menjelang ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, marilah kita sama-sama membetulkan persepsi kita ke atas golongan ini dan sentiasa memberikan yang terbaik dan bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang. #SetulusIkhlas.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 19 Mar 2024

“Puteri Sarah Menantu Baik, Kebahagiaannya Tergugat Sebab Penyondol Yang Kejam” – Patimah Ismail

Salute! Datin dengan Datuk ni memang contoh terbaik mentua sedunia lah❤️

Hiburan Thu, 14 May 2026

Filem Polong Jadi Detik Bermakna Buat Mimi Lana, Teruja Dapat Bergandingan Dengan Nadiya Nisaa – “Saya Adore Sangat Dengan Dia”

Mimi mengakui dia sudah lama meminati lakonan Nadiya sehingga pernah menangis ketika menonton drama lakonan aktres itu

Trending Tue, 1 Sep 2020

Bakal Bergelar Ibu, Zahirah MacWilson Umum Hamil 6 Bulan

Tak sabar nak tengok baby, mesti comel ????

Hiburan Thu, 2 Nov 2023

Prihatin Isu Palestin, Awie Wings Anjur Acara Solidariti Bulan ini!

Respect betul dengan Awie! Sambil konvoi kita tunjuk solidariti 🔥🔥🔥

Hiburan Wed, 12 Jul 2023
Featured Thu, 8 May 2025

Lanjut Tayangan Filem 6 Jilake Di Pawagam… Amerul Affendi Berpuas Hati: “Terima Kasih Memahami Penonton Kita”

Tindakannya itu bukan mahu menuding jari tetapi prihatin terhadap slot tayangan filem tempatan.

error: Content is protected !!