Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida April 21, 2019 @ 1:26pm

Sam Shaffik Juara Mister Planet Nation Malaysia 2019, Tahniah!

Selepas hampir empat bulan sesi pencarian Mister Planet-Nation Malaysia 2019 berlangsung, peserta paling muda iaitu Sam Shaffik diumumkan sebagai Juara untuk tahun ini. 

Acara yang diadakan di Auditorium Muzium Negara Malaysia turut diserikan dengan lebih 200 penonton serta personaliti terkenal tanah air seperti E1 Band, Harris Anuar dan ramai lagi.

Selain prestasi bagi tugasan-tugasan yang telah diberikan sepanjang empat bulan yang lalu, penilaian oleh juri-juri jemputan pada Grand Final MPM 2019 juga telah di ambil kira dalam menentukan pemenang gelaran Mister Planet-Nation Malaysia 2019. 

Pemarkahan oleh juri-juri pada hari tersebut dinilai melalui beberapa segmen seperti cat-walk, persembahan perseorangan dan sesi soal jawab.

Sam Syaffik yang dinobat sebagai Mister Planet-Nation Malaysia 2019 telah membawa pulang hadiah bernilai hampir RM 5,000 yang berupa wang tunai, kontrak artis di bawah pengurusan Fastyle Entertainment selama setahun, peluang berlakon dibawah naungan Zeel Production, sash, trofi, custom made outfit tajaan Azhar Zainal, pakej fotografi eksklusif dari Blackpepper Production dan juga hamper tajaan Beloora Gold.

Manakala pemenang tempat kedua, Azri Rahim dan ketiga, Zeroq Mubin telah menerima hadiah bernilai lebih RM 2000 setiap seorang berupa wang tunai, peluang berlakon dibawah naungan Zeel Production, sash, custom made outfit tajaan Azhar Zainal dan juga hamper tajaan Beloora Gold.

Begitu juga para pemenang 5 gelaran istimewa – Sam Syaffik (Mister Favorite), Aidil Amin (Mister Fitness), Azri Rahim (Mister Friendship), Izwan Ali (Mister Talented) telah membawa pulang sash beserta pakej percutian tajaan Erya by Suria dan pakej fotografi ekslusif tajaan Blackpepper Production khas buat Mister Photogenic, Ezrul Rizwan.

Untuk maklumat lanjut mengenai info terkini Mister Planet-Nation Malaysia ’19 (MPM) anda boleh kunjungi akaun Instagram rasmi MPM, @misterplanetnationmalaysia.

 Sejajar dengan misi MPM 2019 dalam mencari bakat baharu untuk menyinari dan menjadi pelapis industri hiburan Malaysia, pihak penganjur FASTYLE Entertainment telah membawa barisan juri berpengalaman dari industri hiburan bagi mengadili acara kemuncak itu. Antaranya Haji Zil (Zeel Production), Bustamam Mokhtar (White Studio), Chez Hamdan (Chez Hair Studio) dan Afdal Shahizad Zainudin (Astro Shaw).

Seperti acara-acara kemuncak MPM sebelumnya, 5 gelaran istimewa telah dipertandingkan di samping 3 gelaran utama; Mister Planet-Nation Malaysia 2019, 1st Runner up dan 2nd Runner up. 

Gelaran-gelaran istimewa tersebut adalah Mister Photogenic, Mister Friendship, Mister Fitness, Mister Talented dimana ia diadili oleh para juri jemputan dan akhir sekali, gelaran Mister Favorite yang diadili oleh para penyokong MPM 2019 melalui website rasmi penganjur, www.fastyleasia.com/fastyle-entertainment.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Wed, 21 Feb 2024

Puteri Sarah Fail Dua Tuntutan, Dakwa Pegawai Pemasaran Pecah Amanah Sebanyak RM26,000

Sekarang sudah ada dua LOD, satu menbabitkan isu fitnah dan kedua pecah amanah – Puteri Sarah

Featured Wed, 27 Mar 2024

Khatam Al-Quran Lebih 5 Kali, Netizen Bitter Gelar Lisa Surihani Riyak

MashaAllah, moga tips yang diberikan Datin Lisa dapat dijadikan pengajaran😊

Selebriti Wed, 22 Nov 2023
Hiburan Fri, 10 Aug 2018

Sportingnya Aeril Zafrel Jadi Model Mascara

Suami menjadi model untuk kosmetik and produk tu pula mascara, so macam mana rupanya

Featured Thu, 25 Sep 2025

Duet Lagu ‘Ruang Baru’ Bersama Barsena Bestandhi, Netizen Puji Vokal Aina Abdul Mendamaikan

Rata-rata warganet memuji vokal Aina yang tenang dan mendamaikan.

Featured Thu, 30 Mar 2023
Hiburan Mon, 16 Dec 2024
error: Content is protected !!