Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops April 16, 2018 @ 5:07pm

Trend Dandanan Rambut Terbaru Diinspirasikan Oleh Bunga Ros, Kreatif Sungguh!

Dandan biasa, dandan lipan, tocang, sanggul. Ada pelbagai stail ikatan rambut biasa yang kita pernah belajar.

Tapi saban tahun, ramai orang telah menggunakan kreativiti mereka untuk mengubahsuai teknik-teknik yang basic tersebut untuk mewujudkan stail yang lebih advanced dan moden.

Salah seorang hairstylist yang genius ini telah mencipta satu trend rambut terbaru yang berjaya memukau semua peminat stail rambut moden.

Oooh, tersangatlah gorgeous! Ini adalah hasil kerja pendandan rambut dari Amerika Syarikat, Alison Valsamis, yang memberi nafas baru kepada stail sanggul biasa.

Macam manalah dia terfikir untuk menggubah sekuntum bunga ros dengan rambut? Hmm, sesuailah dengan musim bunga di sana.

Untuk mendapatkan stail ini, Alison telah menggabungkan beberapa jenis dandanan, bermula dengan satu dandanan biasa yang digulung untuk bahagian tengahnya.

Kemudian dia membuat dandanan fishtail biasa yang diselang-selikan dengan Dutch fishtail. Ikatannya juga ditarik-tarik sampai longgar supaya dandanan itu nampak tebal.

Teknik terakhir ialah satu dandanan lipan yang ditarik-tarik pada bahagian luarannya untuk dijadikan sebagai “kelopak” bunga ros yang mekar.

Bunyi macam susah je! Tengok pun tahu. Tapi kalau anda gigih, cubalah.

Tips: Alison mengesyorkan anda memakai sedikit gel untuk mengelakkan rambut anda daripada berterbangan liar ketika anda sedang mendandannya; serta texture spray untuk mengiraikannya setelah siap didandan.

Kedua-dua produk ini dapat mengawal rambut-rambut yang tak terurus dan mengekalkan bentuknya.

Kalau anda nakkan variasi, anda boleh membuat dandanan ros yang lebih kecil saiznya, iaitu dengan menggunakan sedikit saja rambut daripada biasa, seperti mana yang Alison buat ini.

Melalui akaun Instagramnya, Alison telah membuktikan yang mungkin ada sejuta gaya yang boleh dicipta. Semuanya terpulang kepada kreativiti anda.

Selamat mencuba!

Sumber: Allure, Instagram Alison Valsamis

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Wed, 28 Nov 2018
Featured Mon, 29 Jul 2019
Oh Lawa Tue, 31 Jul 2018

Ini Perkara Penting Anda Perlu Buat Sebelum Makeup

Persediaan sebelum bersolek juga amat penting untuk dilakukan bagi memastikan impak solekan tampak gorgeous dan menawan.

Featured Tue, 7 Apr 2020

Rahsia wajah runcing dan awet muda dengan kaedah urutan Gua Sha

Katakan tidak pada pembedahan kosmetik!

Featured Mon, 6 May 2019

Inilah perbezaan di antara Krim BB dengan Krim CC. Jangan tersalah pakai!

Pilih produk yang betul dan yang kulit anda perlukan!

Featured Thu, 31 Jan 2019

Himpunan Busana Perkahwinan Memikat di The Wedding KL

Hatta Dolmat menampilkan kolekis paling menawan! 

Oh Lawa Mon, 14 Jan 2019

Teknik penjagaan lubang tindik telinga

Anda perlu ikuti agar luka anda pulih dengan cepat.

Oh Lawa Wed, 21 Nov 2018

Jurusolek Saintis, Ciri Istimewa Nuex Rosli Berbanding MUA Malaysia Yang Lain

Nuex Rosli Mempunyai Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Genetik. Gempak!

Oh Lawa Wed, 28 Aug 2019

5 kesalahan ketika mencuci muka

Ketahui teknik yang sepatutnya kalau nak cantik!

error: Content is protected !!