Gaya Hidup By: Yanie Baharom April 17, 2018 @ 1:02pm

Inilah Rupa Hotel Dash Box Cyberjaya Yang Tular, Memang Syiok Dan Mengujakan

Cyberjaya merupakan salah satu tempat yang kaya dengan pembangunan yang hebat dan sering menjadi tumpuan ramai orang kerana suasana bandar yang dipenuhi dengan pelbagai kelengkapan dan fasiliti. Hah kalau semua nak tahu Dash Box Hotel di Cyberjaya merupakan salah satu hotel yang wajib dilawati kerana hotel ini antara hotel yang popular dan menjadi pilihan ramai orang untuk bermalam.

Hal ini kerana Dash Box menyediakan pelbagai fasiliti dan suasana yang berbeza berbanding hotel lain. Terdapat banyak keistimewaan yang berjaya menarik ramai pengunjung untuk bermalam di sini. Bukan hanya mendapat tumpuan pengunjung tempatan tetapi juga sering menjadi tumpuan pengunjung luar negara.

Hotel Dash Box ini mempunyai keluasan 16,187 meter persegi terletak di dalam kawasan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia ( MaGIC). Hotel ini menyediakan tempat yang paling sesuai untuk kita yang agak stres dengan dunia pekerjaan kerana tempat ini sesuai untuk merehatkan minda. Hotel ini juga terletak tidak jauh dari lapangan terbang iaitu kira -kira 30 minit sahaja.

Reka bentuk hotel ini diilhamkan dengan penuh teliti dan memberikan refleksi hotel yang inovatif dan bergaya moden. Para tetamu di penginapan ini boleh menikmati sarapan pagi kontinental atau sarapan pagi ala Barat.

Foto : DashBox Hotel

Selain daripada fasiliti yang disediakan oleh pihak hotel, terdapat juga ruang yang menarik disediakan khas untuk tetamu hotel ini. Antaranya ialah ruang rekreasi seperti Flex lengkap dengan peralatan kecergasan, taman, kolam renang infiniti, Dashikidz, the hotel’s kids club dan The Chamber Boardroom.

Kolam renang infiniti antara perkara yang sering menjadi tumpuan ramai ini kerana berdasarkan pengalaman orang ramai yang telah bermalam di hotel ini dan mereka semua sangat berpuas hati dengan kolam infiniti yang disediakan.

Foto : Dashbox Hotel

Terdapat banyak fasiliti yang disediakan oleh pihak hotel untuk menjamin keselesaan pengunjung. Antara fasiliti yang disediakan adalah tetamu boleh menikmati kemudahan seperti Wifi percuma di setiap bilik di samping kawalan ketat dari pengawal keselamatan 24 jam. Selain itu, parking percuma disediakan untuk pengunjung yang bermalam di hotel itu.

Foto : Dashbox Hotel

Para pengunjung juga boleh meringankan diri dengan bersenam kerana terdapat pusat kecergasan di dalam hotel ini. Restoran, kedai cenderahati dan stesen cas kuasa juga antara kemudahan yang disediakan oleh pihak. Sangat berbaloi jika semua fasiliti ini dengan harga yang ditawarkan.

Foto : Dashbox Hotel

Hotel ini juga sesuai menjadi lokasi mengadakan majlis perkahwinan atau majlis- majlis lain kerana ruang siling yang tinggi dan sempurna. Mya Cafe juga antara salah satu tarikan yang disediakan oleh pihak hotel. Mya Cafe mempunyai dekorasi yang menarik dengan gabungan pelbagai jenis konsep. Mya Cafe ini sarat dengan warna dan dekorasi seperti bingkai selebriti popular Hollywood serta hiasan dinding yang menarik.

Foto : Dashbox Hotel

Manakala lantai dan ceiling mempunyai corak yang sama iaitu bercorak segi empat sama dengan rona warna hitam dan putih (chequered), dan menyerlahkan lagi elemen chic dan funky. Selain itu Mya Cafe juga menyediakan hidangan masakan Thai, Vietnam, China, India dan Bali. Akhir sekali adalah kemudahan menyewa basikal kerana kawasan ini terkenal dengan kawasan berbasikal.

Foto : Dashbox Hotel

Menyentuh mengenai kemudahan kamar, terdapat 87 bilik yang terdiri daripada dash twin, dash studio dan dash deluxe. Setiap bilik menampilkan kelainan melalui dekorasinya yang berkarakter. Bilik dash studio lebih sesuai untuk mereka yang mengembara solo, manakala bilik dash jenis twins pula lebih sesuai untuk mereka yang berhoneymoon atau bercuti secara berpasangan.

Foto : Dashbox Hotel

Manakala bagi mereka yang bercuti dengan keluarga yang lebih ramai pasti menempah bilik jenis dash deluxe kerana bilik ini besar dan cukup selesa. Bilik deluxe ini lengkap dengan balkoni, katil super king dan pemandangan sempurna menghadap kolam renang. Set sofa dan televisyen mudah alih juga tersedia di dalam bilik dash deluxe. Semua bilik mempunyai bilik mandi peribadi dengan bidet dan pancuran mandian serta selipar.

Foto : Dashbox Hotel

Harga yang ditawarkan di hotel ini adalah sangat berpatutan. Harga bagi setiap bilik adalah berbeza mengikut fasiliti yang disediakan dalam sesebuah bilik. Bagi bilik jenis twins harga boleh dapat sekitar RM145. Bagi bilik jenis studio boleh dapat kurang dari harga bilik jenis twins, manakala bagi bilik jenis deluxe, harganya lebih daripada kedua jenis bilik lain kerana kemudahannya lebih banyak dan selesa. Hotel ini juga terletak berdekatan dengan District 21 IOI City, IOI City Mall dan Axiata Arena.

Foto : Dashbox Hotel

Sumber : Pakar Percutian (www.pakarpercutian.com)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Mon, 9 Apr 2018

Tiada Makanan Halal Di Disneyland Tokyo? Kedai Ini Boleh Deliver Bento Halal Untuk Anda

Tak syoknya bila tak ada makanan halal di Disneyland. Takkan nak kena bawa makanan sendiri pula?

Gaya Hidup Tue, 22 Jan 2019
Gaya Hidup Mon, 29 Jan 2018

Senaman Setiap Hari, Selamat Atau Tidak?

Melakukan senaman setiap hari boleh memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan.

Featured Thu, 27 Feb 2020
Featured Fri, 1 May 2020

Applikasi MySejahtera, MyTrace bantu KKM kesan kontak rapat

Majikan diminta amal jadual kerja anjal, kerja dari rumah

Gaya Hidup Mon, 3 Jan 2022

“Ada Yang Tanya, Kenapa Bagi Telekung? Pakaian Biasa Pun Boleh Dibawa Solat…” – Usahawan Beri Sebab Sumbang Kelengkapan Solat Kepada Mangsa Banjir

Usahawan Datin Aliza Abu Bakar yang merupakan pengasas Munawwareen Holdings Sdn Bhd memberikan sebab mengapa dia menghulurkan bantuan telekung baharu kepada mangsa yang terjejas banjir. Melalui program Munawwareen Prihatin, Aliza memberikan sumbangan 250 pasang telekung […]

Featured Mon, 18 May 2020
Gaya Hidup Tue, 23 Apr 2019

10 kegunaan cecair pembersih yang genius selain membasmi kuman

Anda mungkin tidak pernah tahu sebelum ini!

Featured Fri, 19 Jul 2019