Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal May 15, 2019 @ 10:23pm

Biarlah Lambat Popular…

Pelakon dan model jelita, Ayunie Harris, pernah diberi syarat untuk buka tudung sekiranya mahu cepat mencipta populariti di negara jiran.

“Tawarannya menarik yakni saya akan diletakkan sebaris artis popular sana melalui projek sinetron dan filem tapi bersyarat iaitu saya kena buka tudung!

“Saya terus terbayangkan wajah Papa dan Mama yang pastinya kecewa jika saya menerima tawaran itu,” katanya.

Pelakon dikenali melalui filem Enjin No.9 arahan Raja Azmi, akui susulan itu dia tegas menolak tawaran kerana tidak mahu memalukan keluarga.

“Biarlah saya lambat popular pun, asalkan saya masih tahu batas dan berusaha jaga aurat.

“Tidak mahulah hanya sebab mahu mengejar populariti, maruah sebagai muslim pula tergadai,” katanya.

Ketika ini, Ayunie sedang mencipta nama melalui sinetron berjudul Biru Langit bergandingan bersama Ali Syakieb, Raditya Jason dan Hessel Steven yang ditayangkan sepanjang Ramadan ini di stesen TV sana.

Malah atas permintaan ramai, pihak produksi juga sudah mula memuat naik sinetron itu ke laman Youtube sejak beberapa hari lalu.

Selain itu, dia sedang menjalani penggambaran untuk video muzik terbaru penyanyi Raditya Jason di Jogjakarta sejak semalam.

Oleh: Endy Ashari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 3 Jun 2019

’Cukup Buat Saya Macam Pengemis’- Bekas Isteri Cef Fikree Kecewa Kena Halau Rumah

Saya tu perempuan, awak tu lelaki. Berhenti, tolong berhenti membuli…

Featured Tue, 26 Nov 2024

Watie Didakwa Punca Shuib ‘Lupa Diri’… Selar Kenyataan ‘Celupar’ Ceo Helmie – “Kasar Sangat Ayat Kau Wahai Saudara”

Shuib berang selepas individu lelaki yang dikenali sebagai Ceo Helmie mendakwa syarikat minuman Bubblebee bukan milik Bumiputera.

Featured Fri, 23 Dec 2022
Featured Thu, 1 Dec 2022

Tular Video Nampak ‘Baby Bump’, Fasha Tepis Dakwaan Hamil – “What? Bodyshaming”

Alahai sian sis Fasha kitaaa 😢😢 Apapun ramai cakap Fasha iras selebriti Bollywood Kareena Kapoor 🤩 Ini min setuju!

Hiburan Wed, 31 Oct 2018

Dituduh Tumpang Kesenangan Isteri, Apa Komen Nubhan Ahmad?

Ish, siapa yang tergamak cakap macam tu pada Nubhan? Tak baik tau!

Featured Wed, 16 Aug 2023

[VIDEO] “Rendahkan Diri Dengan Suami, Kekal Humble Walau Tinggi Mana Pun…” – Amyra Rosli

Tak semua wanita ada mindset macam ni 🫡 Cayalah Amyra ✌🏻🥰

error: Content is protected !!