Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 5, 2024 @ 7:14pm

Enggan Terburu-Buru Tamatkan Zaman Duda, Keith Foo Mahu Kenali Hati Riena Diana Lebih Mendalam Sebelum Berkahwin – “Kami Mahu Pengakhiran Yang Indah Untuk Selamanya”

Pelakon, Keith Foo enggan terburu-buru dalam menamatkan zaman dudanya serta mengambil peluang tersebut untuk mengenali hati budi kekasih hatinya, aktres Riena Diana dengan lebih mendalam lagi.

Ketika ditemui XTRA, bapa anak satu ini menganggap mentaliti masyarakat di luar sana memandang perkahwinan itu adalah suatu perkara yang mudah, namun hakikatnya tidak.

“Orang di luar sana mungkin ada persepsi berbeza apabila melibatkan perkahwinan, pada mereka mudah tetapi sebenarnya tidak.

“Perkahwinan ini bukan dengan pasangan kita sahaja, tetapi juga melibatkan keluarga dan orang lain. Itu bukan satu tekanan.

“Cuma untuk saya dan Riena kami mahu mengukuhkan kehidupan dan hubungan antara kami demi mempunyai masa depan yang lebih baik,” katanya.

Berkongsi lebih lanjut, Keith dan Riena mengambil pendekatan untuk berserah soal jodoh, namun dalam masa sama mahu mengukuhkan lagi perasaan cinta antara mereka.

Riena Diana

Keith dan Riena mengakui mereka serius terhadap hubungan cinta itu serta mahu mempunyai pengakhiran yang indah untuk selama-lamanya.

“Kami baru enam bulan menjadi pasangan kekasih, masih banyak lagi perkara yang kami perlu belajar mengenai satu sama lain.

“Apapun, kami tidak memaksa, tidak terburu-buru untuk berkahwin atau perlu mendengar kata-kata orang lain yang tak ada kena mengena. Pada akhirnya, hanya saya dan Riena yang melalui hubungan ini.

“Saya dan Rienda mahu hubungan yang kukuh, kekal hingga akhirnya, bukan setahun dua saja..  Tak akan nak berkahwin je lepastu nanti cerai?

“Setiap pasangan mahu hubungan yang berakhir dengan perkahwinan, begitu juga kami mahu pengakhiran yang boleh beri manfaat kepada orang sekeliling seperti keluarga dan rakan terdekat,” katanya.

Keith berkata demikian ketika ditemui usai mempromosikan drama lakonan terbaharunya berjudul Salju Rindu Di Bumi Auckland bersama Riena di Sri Pentas, baru-baru ini.

Selain Keith dan Riena, drama ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Nabil Aqil, Kodi Rasheed dan Husna Mustaffa.

Drama penuh emosi ini berlatarbelakangkan keindahan bumi Auckland, mengisahkan tentang kekeluargaan, cinta, dan juga penebusan. Drama ini merupakan hasil terbitan Global Station yang diarahkan oleh Riza Baharudin.

Saksikan Tonton Original Series: Salju Rindu di Bumi Auckland secara eksklusif di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton setiap Isnin hingga Khamis, mulai 16 September 2024 hingga 31 Oktober 2024!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 13 Sep 2025

“Perancangan Allah Sentiasa Lebih Baik” – Isteri Faisal Halim Kongsi Luahan Hati

Isteri Faisal Halim luah pengajaran selepas lalui perit getir rumah tangga

Featured Fri, 20 Feb 2026

“Aku Diam Lagi Korang Caci Maki”- Mia Sara Nasuha

Mia terkilan apabila dirinya menerima pelbagai komen berbaur provokasi.

Featured Mon, 23 Jun 2025
Featured Fri, 20 Jun 2025
Trending Fri, 23 Nov 2018

Guru-Guru Di Malaysia Adalah Antara Guru Yang Paling Berdedikasi Di Dunia!

Ini adalah menurut bancian yang dilakukan oleh Cambridge Assessment International Education.

Hiburan Mon, 18 Mar 2019

‘Saya Maafkan Awak Bro’- Ini Reaksi Tomok Selepas Peminat Mahu Sabotaj Tampil Mohon Maaf

Betul apa yang dikata…buang yang keruh,ambil yang jernih!

Hiburan Sun, 18 May 2025

Malam Mendengar Nadin Amizah: Datang Tanpa Ekspektasi, Pulang Sebagai Peminat

Saya datang tanpa ekspektasi, tetapi saya pulang sebagai seorang peminat. Mungkin itu keindahan sebenar ‘Malam Mendengar Nadin Amizah’.

error: Content is protected !!