Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida May 16, 2019 @ 12:22pm

Sakit Buah Pinggang Bukan Penghalang Ebby Yus Berpuasa

Pelawak Ebby Yus mendedahkan lebih berjaga-jaga dalam bab pemakanan sepanjang Ramadan ini.

Kata Ebby ketika ditemui di sesi rakaman JKK Raya 2019 di Sri Pentas 2 semalam memaklumkan keadaan kesihatannya bertambah baik berbanding sebelum ini.

“ Alhamdulillah, kalau dulu nak berdiri lama dan naik tangga pun tak boleh. Sekarang okay sikit.

“ Yang penting ubat pun saya standby bawa ke mana-mana saya pergi. Syukur sepanjang Ramadan ini saya juga boleh berpuasa seperti biasa. Mula-mula risau juga tetapi sampai hari ini dipermudahkan,” katanya yang mengalami masalah gastrik kronik.

Pelakon berusia 55 tahun ini turut memaklumkan mengalami penurunan berat badan sejak jatuh sakit awal tahun ini.

“ Dari 82 ke 74 kilogram, agak banyak juga penurunan. Sejak sakit, saya jarang mengambil tawaran shooting yang memerlukan saya berada di kawasan terbuka. Kebanyakannya di dalam studio sahaja.

“ Nanti bila dah sihat sepenuhnya saya akan kembali ke set shooting di luar pula. Kalau dulu saya lebih pentingkan kerja sekarang fokus saya lebih kepada kesihatan,” ujarnya.

Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid disahkan doktor mengidap penyakit buah pinggang tahap tiga hampir setahun lalu, malah keadaan penyakit lamanya iaitu jantung semakin lemah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 19 Aug 2025

Ulasan Konsert: Tulus & Juicy Luicy Pacu Ruang Inspirasi Festival 2025, Hidupkan Emosi Penonton

Festival ini menampilkan Tulus & Juicy Luicy dengan kehadiran lebih 8,000 penonton.

Hiburan Wed, 24 Apr 2019

Tak Jadi Saman, Pak Ya Maafkan Lan Pet Pet

Saya bukannya pendendam. Segala perbuatan dan kekhilafan Lan terlerai sebaik kami bersemuka…

Hiburan Thu, 24 May 2018

Hamil Anak Kedua, Lana Nodin Idam Anak Lelaki

Saya harap kali ini dapat anak lelaki… Barulah jadi sepasang. Mana tahu dapat anak berwajah macam suami pula. Insya-Allah kalau tiada aral melintang saya akan melahirkan anak kedua ini pada Disember depan. Tahniah Lana, semoga semuanya dipermudahkan Allah swt…

Hiburan Wed, 21 Sep 2022
Hiburan Mon, 3 Apr 2023
Events Fri, 1 Apr 2022
error: Content is protected !!