Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 19, 2025 @ 2:12pm

Ulasan Konsert: Tulus & Juicy Luicy Pacu Ruang Inspirasi Festival 2025, Hidupkan Emosi Penonton

Ruang Inspirasi Festival (RIF) 2025 yang berlangsung pada 17 Ogos di Mega Star Arena, Kuala Lumpur membuktikan muzik mempunyai kuasa lebih besar daripada sekadar hiburan.

Dibawakan oleh Expoindo bersama Thrive, festival ini menampilkan dua nama besar Indonesia, Tulus dan Juicy Luicy dengan kehadiran lebih 8,000 penonton.

Seawal 1.30 tengah hari, penyanyi Brunei yang mencipta nama di Malaysia, Aziz Harun tampil menghiburkan penonton sebagai persembahan pembukaan dengan rangkaian lagu hits seperti Jauh, Janji dan banyak lagi. Tepat jam 2.30 petang, arena mula bergema dengan suara lunak Tulus.

Dengan deretan lagu hits seperti Interaksi, Monokrom, Teman Hidup dan Hati-Hati Di Jalan, penyanyi ini berjaya membawa penonton mengembara dalam perjalanan emosi yang mendalam.

Sebagai penonton, saya datang bersama dua orang rakan yang juga peminat Tulus. Kami bertiga dan penonton lain sama-sama menyanyi dari awal, tetapi apa yang saya sedar, sebenarnya ia bukan sekadar nyanyian biasa.

Ada pengalaman hidup yang kami semua bawa bersama. Ada yang hadir membawa teman, ada yang sampai bersama perasaan, ada yang baru lepas putus cinta, ada yang cuba melupakan kenangan lama dan ada yang memilih untuk terus hidup dengan memori bahagia walaupun semuanya sudah berlalu.

@xtra_my Kita pernah menjadi cerita yang manis, lalu perlahan jadi pelajaran yang pahit. Dari situ kita sedar, cinta bukan hanya tentang memiliki, tetapi juga tentang merelakan. Aku melanjutkan jalanku, kau melanjutkan perjalananmu. Semoga kita sama-sama menemukan tenang. Hati-Hati Di Jalan – Tulus. 🥹 #xtramy #xtratonton #RIF2025 #ruanginspirasifest ♬ original sound – XTRA

Bagi saya sendiri, momen paling dekat di hati ialah ketika Hati-Hati Di Jalan dinyanyikan. Lagu itu mengingatkan saya sesukar mana pun seseorang mahu melupakan, akhirnya dia berjaya beredar daripada kisah lama dan mendoakan kesejahteraan insan yang pernah disayangi.

Liriknya terasa personal menjentik sanubari, seolah-olah Tulus menyanyikan kisah diri sendiri di hadapan ribuan orang. Itulah kekuatan Tulus, dia berjaya membuatkan setiap orang rasa lagunya ditulis khas untuk mereka.

Jika petang bersama Tulus sarat emosi, malamnya pula dipenuhi dengan tenaga remaja apabila Juicy Luicy mengambil alih pentas tepat jam 8.30 malam. Sebelum itu, Aizat Amdan memeriahkan pentas membawakan rangkaian lagu popularnya sebelum Juicy Luicy muncul.

Dari Malapetaka, Tanpa Tergesa, Lampu Kuning sehingga Lantas, Juicy Luicy memacu suasana dengan vibe segar yang membuatkan penonton bersorak, menyanyi dan larut dalam setiap lagu.

Secara peribadi, saya paling menunggu lagu Mawar Jingga. Masih segar di ingatan sewaktu tahun 2021 ketika saya mula berkenalan dengan lagu ini. Ketika semua orang terkurung di rumah kerana pandemik, lagu itu menemani saya, diulang tanpa henti selama tiga hari berturut-turut. Kisahnya begitu dekat dengan perasaan ketika itu.

@xtra_my Replying to @lilvampieee Nah, min belanja lagu Mawar Jingga – Juicy Luicy. Lagu ni sesuai diberikan untuk partner korang yang ada kekasih gelap lain. 🥲😩 #xtramy #xtratonton #RIF2025 #ruanginspirasifest ♬ original sound – XTRA

Namun, kali ini pengalaman itu terasa berbeza. Mendengar Mawar Jingga secara langsung bersama ribuan orang lain, saya tidak lagi merasa sedih, sebaliknya gembira. Saya nyanyi dengan hati yang lebih ringan, kerana saya tahu rasa sakit yang pernah dirasakan telah pergi dengan sendirinya.

Puncak malam tiba apabila Sialan dimainkan. Seluruh arena berubah menjadi koir besar, suara penonton seolah menenggelamkan lantunan vokal Uan selaku penyanyi Juicy Luicy buat seketika. Ia momen magis yang hanya terjadi apabila muzik benar-benar menyatukan hati ramai orang.

RIF 2025 bukan sekadar pentas hiburan. Ia adalah ruang di mana setiap orang membawa cerita sendiri, lalu disatukan oleh lagu dan melodi. Konsep Ruang Inspirasi terbukti hidup malam itu dan menjadi saksi muzik tidak hanya menghibur, tetapi juga memberi kekuatan, kenangan dan semangat baru.

Dengan kombinasi Tulus dan Juicy Luicy, Expoindo dan Thrive berjaya menganjurkan sebuah festival yang akan terus dikenang lama. Dua fasa berbeza, petang yang penuh renungan dan malam yang penuh semangat, menjadi keseimbangan sempurna untuk sebuah pengalaman muzik yang benar-benar inspiratif!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 2 Jul 2019

Zara Zya Akui Majlis Pernikahan Tidak Akan Berlangsung?

Kita doa yang baik-baik sahaja okay!

Events Tue, 25 Sep 2018

[#WinWithxtra] List of Winners for Nights of Fright 6 Contest

Remember to read the terms and condition!

Trending Wed, 8 Jun 2022

Isu Duit RM15,000 Kena Songlap, PA Fify Azmi Tampil Beri Penjelasan – “Dia Tak Tahu Buat Invois…”

PA Fify jelaskan perkara sebenar tentang dakwaan bawa lari duit RM15,000.

Featured Thu, 27 Mar 2025

Nafkah RM500 Sebulan Tak Mencukupi, Shakilla Khoriri Minta Fizi Ali Henti ‘Perli’ Bisnes Chili Oil

Shakilla Khoriri berharap bekas suaminya yang juga penyampai radio Hot FM, Fizi Ali berhenti memerli perniagaan ‘Chili Oil’ yang diusahakannya sekaligus tidak mahu ia dikaitkan dengan isu peribadi melibatkan anak mereka, Ameena Sofea.

Hiburan Tue, 12 Dec 2023
Trending Tue, 6 Mar 2018

Bacaan Ayat Suci Al-Quran Seorang Qari Kelantan Ini Cetus Fenomena Sensasi Hingga Ke Negara Arab Saudi

Pemuda yang bernama Mohamad Yusuf ini telah berjaya menawan hati masyarakat di negara Arab dengan kelebihan dan kemahiran beliau mengalunkan ayat suci Al-Quran dengan baik.

Hiburan Wed, 21 Mar 2018

Ini Alasan Ismail Izzani Tak Mahu Ambil SPM

Selebriti Ismail Izzani dilaporkan bakal melanjutkan pelajaran di kolej swasta. Akuinya lagi, keputusan dibuat memandangkan dia bukan seorang yang suka belajar.

Trending Thu, 19 Mar 2026

Jalan Cerita Simple Tapi Ramai Akui Iklan Raya Ini Paling ‘Kena’ Dengan Diri Sendiri

Tak semua orang bernasib baik lahir dalam keluarga senang. Ada yang hidup serba lengkap, tapi ramai juga membesar dalam kesederhanaan. Namun di sebalik segala kekurangan itu, ada satu perkara yang tetap sama iaitu kasih seorang […]

error: Content is protected !!