Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Fas May 17, 2019 @ 11:57am

‘Kalau Boleh Nak Yang ‘Evergreen’- Kaka Pening Pilih Nama Anak

Selepas mengumumkan berita kehamilan baru-baru ini, penyanyi Kaka Azraff mengaku mula pening mahu memikirkan nama bakal anak.

Kata Kaka ketika ditemui di majlis kempen Raya Avenue K semalam, meskipun tidak mengetahui jantina anak, Kaka mahu bersiap sedia lebih awal dalam bab pemilihan nama.

“ Saya sudah membuat imbasan jantina kandungan cuma buat masa ini hanya ibu mertua sahaja yang tahu jantina bakal anak.

“ Bukan apa, saya dan suami mahu kejutan. Doktor merahsiakan dari kami berdua buat masa ini. Cuma kami tengah pening fikir nama bakal anak,” katanya kepada XTRA.

Tambah penyanyi berusia 29 tahun ini, dia berhasrat memilih nama yang lebih ‘evergreen’.

“ Nama kita akan bawa sampai bila-bila. Saya suka nama yang bunyinya sedikit ‘evergreen’ dan yang bermakna baik. Kalau nama moden, saya tak berapa minat,” ujar Kaka yang tidak kisah mengenai jantina anak.

Tambah Kaka yang kini hamil 4 bulan,  sama ada bayi lelaki atau perempuan, dia dan suami tidak kisah asalkan anak yang bakal dilahirkan kelak sihat dan sempurna

Pada majlis kempen Raya Avenue K itu, Kaka sempat menghiburkan kira-kira 25 anak yatim dari Pertubuhan Darul Fakir Malaysia.

Kaka dan Adam Azriff, 25, mendirikan rumah tangga pada 14 Disember lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Fri, 15 Sep 2023
Featured Tue, 13 Jun 2023
Hiburan Fri, 13 Jul 2018

Tiket Tak Laku Punca Konsert Radja Batal?

Dengan pengumuman di saat terakhir, sudah tentu peminat yang sudah mendapatkan tiket naik angin! Bayangkan ada peminat yang sanggup datang dari jauh untuk menyaksikan artris kegemaran mereka beraksi, sudahnya…dibatalkan pula.

Hiburan Mon, 27 Jan 2025
Featured Tue, 4 Oct 2022

“Saya Tak Pernah Pergi” – Nasha Aziz Kembali Aktif Di Media Sosial Selepas Tiga Tahun Menyepi

Haa dekat mana sayap-sayap Nasha semua? 🥰 Tak sabar nak tengok filem seram Talbis Iblis tak lama lagi 👹

Events Wed, 30 Oct 2019

Sertai Ironman Langkawi 2019, Alif Satar Disoal Bab Solat Pula?

Apapun, tindakan Alif menjawab komen netizen tersebut harus dipuji.

Featured Wed, 24 May 2023
Featured Wed, 26 Oct 2022

“Pelakon ‘Exited’ Jumpa Kereta Aku” – Teruja Jumpa Peminat, Nad Zainal Temui Kenderaan Pertama Miliknya

Pertemuan antara pelakon jelita Nad Zainal dan peminatnya meraih perhatian warganet di TikTok. Tular sebuah video Nad bersama peminatnya gembira bergambar bersama sebuah kereta milik Nad sebelum ini. @bungaorkedrose Exited dia sebab jumpa balik kereta […]

Hiburan Wed, 24 Sep 2025
error: Content is protected !!