Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom April 18, 2018 @ 11:00am

Fenomena Siri Buppaesannivas, Bangkit Keghairahan Penduduk Thailand Berpakaian Tradisi

Fenomena siri televisyen bertema fantasi sejarah, Buppaesannivas (Love Destiny) di Thailand ketika ini, nampaknya berjaya mengembalikan minat penduduk negara itu untuk mengagungkan pakaian nasional mereka.

Bahkan impak daripada penangan siri berkenaan juga telah melonjakkan penjualan pakaian tradisional sejak trend menggayakan persalinan warisan itu melanda Thailand. 

Betapa hebatnya penangan Buppaesannivas turut mempengaruhi penampilan pramugari Thai Airways yang lengkap berpakaian gaya tradisional menyambut penumpang yang baru memasuki pesawat. 

Foto : Astro Awani

Peningkatan bilangan pengunjung ke sebuah kuil usang di daerah Phra Nakhon Si Ayutthaya kerana mahu melihat sendiri keindahan lokasi penggambaran sebuah drama popular Thailand, mencetuskan kebimbangan pihak pengurusan tapak bersejarah tersebut. 

Portal berita Bangkok Post melaporkan, kuil bernama Wat Chai Wattanaram itu dibanjiri pengunjung gara-gara populariti siri televisyen bertema fantasi sejarah, Buppaesannivas (Love Destiny).

Foto : Astro Awani

Ribuan orang datang ke lokasi itu setiap hari, siap dengan pakaian tradisional Thailand, untuk bergambar seperti watak-watak yang mereka sukai dalam siri drama tersebut.

Bagaimanapun, tapak bersejarah yang berusia 388 tahun itu kini dalam risiko, terutamanya pada struktur batu di sekitar kawasan berkenaan.

Foto : Astro Awani

Jambatan binaan kayu dan besi berusia dua dekad yang menghubungkan tempat letak kenderaan dan kuil juga sudah terjejas.

Selain pernah dilanda banjir teruk pada tahun 2011, susunan batu lama pada tangga dan lantai kuil juga kini mudah terkopak memandangkan tempat itu kini didatangi sekitar 10,000 pelawat pada hujung minggu, kata Pengarah Taman Sejarah Ayutthaya, Sukanya Baonerd.

Foto : Astro Awani

Tambahnya, para petugas taman baru saja memperbaiki jambatan itu malah menambah tiang sokongan di bahagian tengahnya.

Pengunjung juga didapati merosakkan struktur batu di kuil itu hanya kerana mahu mencari sudut terbaik untuk mengambil gambar. Mereka sering berdiri di tebing tembok, yang tidak sepatutnya mereka pijak.

Foto : Astro Awani

Sumber : Astro Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 20 Aug 2019

4 cara gayakan skirt, anda pasti melangkah dengan bergaya!

Anda pun boleh tampil yakin dengan skirt!

Featured Fri, 4 Jan 2019

Tanda-Tanda Penggunaan Skrub Muka Berlebihan Yang Perlu Anda Ketahui

Menggunakan skrub merupakan rutin penjagaan muka yang berkesan untuk memastikan liang roma bersih daripada sel-sel kulit mati dan membantu kulit anda diganti dengan sel sihat. Bergantung kepada jenis kulit, anda mungkin boleh menggunakan skrub muka […]

Featured Tue, 13 Aug 2019
Featured Mon, 15 Jun 2020
Oh Lawa Mon, 31 Dec 2018

Seni Mesir Purba Diangkat Sebagai Tema Dalam Siri Pertunjukan Fesyen Metiers d’Art By Chanel

Himpunan seleksi rona emas menjadi warna utama dalam koleksi terbaru Chanel ini.

Oh Lawa Tue, 29 Jan 2019

5 sebab anda perlu guna produk penjagaan kulit yang mengandungi Squalane

Bahan ini sangat versatil dan berkuasa tinggi!

Featured Fri, 4 May 2018

5 Jenis Fabrik Perlu Dihindari Wanita Bertubuh Gempal, Elak Nampak Ekstra Gemuk

Bagi si pemilik tubuh gempal, bootylicious, wanita sado dan seangkatan dengannya, mungkin anda perlu membuat sedikit kajian tambahan mengenai jenis tata gaya yang sesuai mengikut ukuran badan.

error: Content is protected !!