Euforia Bola 2026
Events By: Attiqah Mohd May 21, 2019 @ 2:37pm

Si Cilik Pun Nak Raya Juga! Jom, Meriahkan Ejen Ali dan Alif & Sofia Di Kempen Ramadan Raya Primeworks Studio

Sememangnya sambutan ramadhan tak lengkap tanpa aktiviti-aktiviti menarik menjelang hari raya. Biasanya bila menjelang hari raya, mak ayah akan sibuk shopping raya tetapi macam mana pula aktiviti untuk anak-anak?Kesian anak-anak kecil tak dapat memahami dan merasai sambutan kemeriahan raya sesuai dengan umur mereka. 

Bersempena dengan kempen Ramadan  Raya dan Setulus Ikhlas, Primeworks Studio akan membawakan kepada korang aktiviti bersama animasi popular TV3 iaitu Ejen Ali dan siri animasi terbaru dari Primeworks Studio, Alif dan Sofia. Mesti anak-anak korang excited kan. Jom kita tengok apa yang menarik kali ini!

Temui Animasi Popular Ejen Ali  Di Sunway Velocity Mall

Jangan lupa datang seisi keluarga untuk bersama-sama memeriahkan sambutan Raya Ramadan bersama kartun animasi popular Ejen Ali bertempat di Main Atrium Sunway Velocity Mall, Cheras. Acara ini bermula pada 18 sehingga 20 Mei (Sabtu hingga Isnin). Pelbagai aktiviti menarik menanti korang seperti pertandingan mewarna, sesi bertemu peminat dan interaksi  permainan istimewa, bermula dari jam 12.00 tengahari hingga 7.00 malam. 

Siri Animasi Baru Alif & Sofia Bakal Menemui Penonton

 Kolaborasi istimewa antara Primeworks Studio dan Blindspots Studios ini  bakal  memperkenalkan  sebuah siri animasi baharu iaitu Alif & Sofia kepada peminat animasi pada waktu yang sama. Majlis pelancaran siri animasi baharu Alif & Sofia  akan diadakan secara umum bertempat di ruang legar Central i-City Mall, Shah Alam pada hari Sabtu,  25 Mei 2019 bermula jam 3.00 petang.

Terdapat pelbagai aktiviti sampingan menanti korang sekeluarga tetapi yang paling best semestinya kehadiran pelakon suara karakter Alif & Sofia. Penampilan istimewa dari Ejen Ali dan Ejen Alicia pun ada tau!

Berita Baik Untuk Korang Yang Terlepas Peluang Ini

Pada yang terlepas peluang, Alif & Sofia sekali lagi akan berjanji temu pada hari Ahad 26 Mei 2019, dari jam 11.00pagi hingga 4.00 petang di Central i-City Mall. Manakala Ejen Ali akan  berada di  Melaka, di Ground Floor, Freeport A’Famosa bermula jam 12.00 tengahari hingga 9.00 malam. Peminat Ejen Ali di Melaka berpeluang menyertai aktiviti yang disediakan seperti peraduan mewarna, IRIS DIY dan bergambar bersama maskot karakter kesayangan, Ejen Ali dan Ejen Alicia.

Wah, bestnya aktiviti yang diadakan! Ayuh, sama-sama kita meriahkan Kempen Ramadan Raya dan warnai bulan Ramadhan si cilik korang dengan pelbagai aktiviti menarik. Jumpa di sana!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 27 Jul 2025

Sultan Pahang Kurniakan Suami Pingat DIMP, Nelydia Senrose Kini Bergelar Datin

Alhamdulillah, tahniah Datuk Hafez dan Datin Nelydia Senrose.

Trending Mon, 22 Jun 2020
Hiburan Fri, 24 Nov 2023
Hiburan Mon, 13 Nov 2023

Famili Duo 3: Tahniah! Sharif & Syaiful Sekali Lagi Bolot RM10,000 Di Minggu 5, Ini Kedudukan & Markah Penuh Peserta!

2 kali juara mingguan! Sharif & Syaiful dah kumpul RM20k😱 Tahniah! Jom semak markah semua peserta.

Hiburan Mon, 18 Dec 2017

“GELI TEKAK NAK PANGGIL KAU DATO” – BOY IMAN

Selain itu, netizen turut mengkritik Farid dengan mengatakan bahawa gelaran yang diberikan kepadanya tidak memberi sebarang “value”. Fuh! sampai macam tu sekali komen netizen.

Hiburan Sat, 18 Oct 2025
Hiburan Sat, 2 Feb 2019

Sarimah Ibrahim Hamil Empat Bulan, Tahniah!

Alhamdulillah… semoga Sarimah dan kandungannya sihat sentiasa. Mesti comel bakal baby nanti!

Hiburan Wed, 13 Dec 2023
error: Content is protected !!