Hiburan By: SGMS Faida May 23, 2019 @ 4:30pm

Tayang Jam Tangan Ratusan Ribu, Apa Komen Alif Satar?

Gara-gara memuatnaik sekeping gambar memperlihatkan jam tangan mewah di Instagram baru-baru ini, penyanyi Aliff Satar mengaku tiada niat untuk sengaja menunjuk.

Kata Aliff ketika ditemui Xtra, jam berkenaan sudah beberapa tahun dibeli dan sering dipakai sebelum ini.

“ Jujurnya saya tiada niat untuk menunjuk. Gambar sebelum ini ada juga saya pakai jam tangan itu cuma saya agak hairan kenapa sekarang baru dijadikan perbualan netizen. Walhal dari dulu lagi saya selalu memakai jam sama,” katanya.

 
 
 
View this post on Instagram

??‍♂️

A post shared by Alif Satar™️ (@alifsatar) on

Ketika diusik sama ada nilai jam tangan itu benar-benar mencecah ratusan ribu Ringgit , Aliff hanya tertawa.

“ Alhamdulillah…jika anda bekerja keras, Insha Allah anda akan dapat apa yang anda impikan. Tidak kira jam atau benda lain, kuncinya adalah kerja keras dan doa,” katanya.

Sebelum ini, jam tangan Aliff menjadi bualan hangat netizen apabila hasil pencarian menunjukkan jam tangan tersebut bernilai RM121,000.

Turut disertakan paparan screenshot jam mirip yang dipakai Aliff merupakan jam dari jenama Rolex Cosmograph Daytona.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 12 Nov 2021

Bahaya! Tragedi ‘Funfair’ Cheras Selatan Korban Nyawa, Seorang Maut & Seorang Cedera Terjatuh Dari ‘Ferris Wheel’

Media sosial digemparkan dengan video tular pada tengah malam tadi yang memaparkan mayat seorang lelaki dalam keadaan berlumuran darah terbaring di bawah permainan buaian berpusing. Memetik laporan Berita Harian, mangsa lelaki yang berusia 39 tahun […]

Trending Thu, 3 Dec 2020
Hiburan Thu, 29 Feb 2024
Hiburan Tue, 5 Nov 2019

Gambar Mesra ‘Bocor’ Di Instagram Buat Netizen Terkejut?

Tidak terkesan dengan kecaman netizen biar pun….

Hiburan Tue, 28 Nov 2023

Bapa Tutup Perniagaan, Jual Motorsikal & Kereta Demi Kerjaya Seni, Wafiy Janji Akan Balas Budi

Harapnya tercapai impian Wafi nak balas pengorbanan keluarga✨🫶🏻

Hiburan Mon, 2 Oct 2023

“Sebelum Kahwin, Dhabitah Sudah Ajak Bincang Isu Pakaian Renang..” – Jiggy

Nak buat macam mana kan.. Anyways, congrats Dhabitah!

Featured Fri, 24 Mar 2023