Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Faida May 24, 2019 @ 4:21pm

Apa Kisah Pak Din, Amir & Haqiem Dalam ‘Setulus Ikhlas’?

‘Ikhlas kan Hati Untuk Orang, Orang Akan Ikhlas Dengan Kita’, itu antara mesej yang disampaikan dalam iklan dari media prima bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Iklan yang mengisahkan hubungan keikhlasan sesama penduduk di sebuah kampung ini dilancarkan secara rasmi pada hari ini dan sudah boleh ditonton di laman Youtube TV3 Malaysia bermula jam 12.00 tengah hari tadi.

Mengisahkan seorang pelajar sekolah rendah bernama Amir yang tinggal bersama datuknya, Pak Din di kampung. 

Pak Din dikenali sebagai individu yang suka membantu orang lain tidak mengira masa. Amir pula seperti kanak-kanak biasa yang meminati kuasa luar biasa dan mempunyai impian menjadi seorang ‘superhero’.

Namun, sebuah insiden tidak diduga menimpa kedai atok. Apa agaknya yang akan terjadi? Siapa superhero yang bakal menyelamatkan kedai Pak Din? Ingin tahu lebih lanjut apakah kuasa luar biasa Pak Din?

Seperti apa yang cuba disampaikan dalam Hero Setulus Ikhlas ini, membantu orang lain juga merupakan satu ibadah. Nabi Muhammad SAW tidak pernah menghampakan permintaan orang lain. Kalau boleh, baginda mahu menggembirakan semua orang di sekelilingnya.

Dalam masa sama, sentiasa ingat bahawa ketika menolong orang lain, kita hendaklah ikhlas, bantu sehingga selesai dan tidak mengungkit. Anggap ia sebagai sebuah tanggungjawab. Jadi jangan takut untuk berbuat baik, kerana selain amalan itu mulia, ganjarannya pasti besar dan berpahala.

Sentiasa berlapang dada & ikhlaskan hati kita okay? Selamat Berpuasa!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 28 Jan 2019

Obses Dengan Benda Wangi, Ayda Jebat Sanggup Labur Duit Untuk SASSU

Terkejut dengan sambutan diterima di Singapura baru-baru ini, Ayda memberitahu produk SASU terjual licin di sana. Tahniah, Ayda!

Cahaya Mata Mon, 15 Aug 2022

Majlis Gender Reveal Mona Allen Dipersoal Ikut Budaya Barat?

Majlis gender reveal Mona Allen dan Pekin Ibrahim didakwa ikut budaya barat.

Featured Thu, 16 Mar 2023
Featured Fri, 14 Oct 2022
TECH Thu, 2 May 2019

Lenovo Legion Just Got Some Savage Upgrades

New technology with some crazy new upgrades,

Hiburan Wed, 20 Mar 2019

‘Siapa Cepat Dia Dapat’- Ifa Raziah Nafi ‘Sailang’ Penganjur Lain

Saya faham dengan keadaan para peniaga yang perlu mengambil-kira soal kos dan untung. Jadi saya tidak akan terlalu ‘menekan’ mereka.

Hiburan Tue, 13 Feb 2018

DRAMA KAMPUNG, NYANYIAN SUMBANG WANY HASRITA DIKECAM TERUK!

Lakonan selama 1 minit 17 saat itu merupakan kesilapan terbesar Wany. Malah, ada yang melabelkan drama pendek itu sebagai drama kampung.

error: Content is protected !!