Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida May 20, 2019 @ 4:03pm

Instagram Catat Enam Juta Pengikut, Tahniah Zizan!

Pelakon, pengacara dan pelawak, Zizan Razak mengikuti jejak dua selebriti tempatan lain apabila mencatat enam juta pengikut di laman sosial, Instagram.

Zizan, 35, berada pada kedudukan ketiga sebagai selebriti tempatan mempunyai jumlah pengikut tertinggi, mengekori Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan 6.3 juta pengikut, disusuli Neelofa (6.2 juta).

Anak kelahiran Terengganu itu berkata, sejajar perkembangan arus teknologi, kepercayaan dan sokongan peminat membuatkan dia lebih bersemangat untuk berkarya.

“Saya ingin berterima kasih kepada semua yang menyokong dan membantu hingga mengumpul enam juta pengikut. Saya bangga dengan pencapaian ini.

“Berita gembira ini membuatkan saya semakin bersemangat merencana kerjaya seni dan memberikan yang lebih bagus. Selain menghasilkan lebih banyak produk, saya juga ingin memperbaiki kelemahan diri,” kata Zizan dalam satu muat naik video di Instagram, malam tadi.

Berkongsi perkembangan kerjaya, Zizan kini sibuk menjalani penggambaran filem Abang Long Fadil 3 arahan pengarah muda, Syafiq Yusof.

“Selain itu, saya juga bakal menjadi juri program Ceria Megastar Minister 2019 bersama Datuk Aznil Nawawi dan Nabil Ahmad.

“Saya juga berbesar hati apabila kolaborasi bersama Ismail Izzani menerusi lagu, Berserah mendapat sambutan memberangsangkan peminat. Insya-Allah, selepas raya nanti kami akan merakamkan video muzik single terbabit,” katanya.- BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 7 Mar 2025

“Poligami Bukan Tanda Tak Bersyukur” – Bakal Kahwin Dua, Azlan Komeng Nafi Abaikan Pengorbanan Nur Nilam

Azlan bertegas dia hargai pengorbanan Nur Nilam yang menjaganya selepas terbabit kemalangan

Hiburan Thu, 6 Feb 2025
Featured Sat, 6 Aug 2022
Hiburan Mon, 20 May 2019

Jarang Balik Kampung, Lia Natalia Cuti Beraya Sebulan

Lia sanggup menolak beberapa tawaran berlakon sepanjang musim perayaan kerana nak pulang ke kampung halaman.

Hiburan Wed, 7 Aug 2019
Featured Tue, 21 Feb 2023
Featured Wed, 31 May 2023
error: Content is protected !!