Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida June 3, 2019 @ 5:45pm

Altimet Bawa Anak Sulung Sertai Misi Kemanusiaan

Penyanyi Altimet bersyukur apabila diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke Turki dan melihat sendiri kehidupan pelarian Syria di sana.

Tulis Altimet di Instagramnya, dia turut membawa anak sulungnya, Abdullah menyertai misi kemanusiaan itu untuk memberi pendedahan ‘mahal’ di sana.

“Jauh perjalanan, luas pemandangan. Kalau aku bawak kau ke rumah-rumah mewah untuk tunjukkan kesederhanaan hidup kita sahaja, itu tak adil dekat kau. 

“Aku bawak kau ke kem-kem pelarian ni jadi kau tau hidup kau serba mencukupi, mewah kalau dibandingkan mereka. Ujian hidup diorang ialah kesusahan berlari ke negara jiran sebab perang saudara Ujian hidup kita pulak kesenangan di tanah air sendiri yang aman. 

“Aku akan buat segala yang aku mampu untuk jadikan kau orang yang lebih baik dari aku. Aku cuma nak mintak pertolongan kau dalam mencapai matlamat aku ni. 

“Berat sama dipikul, ringan sama-sama kita jinjing, anakku. Terima kasih @cintasyriamalaysia atas pelawaan join mission ni. Banyak pengetahuan & pengalaman baru yang kami dapat. Allahualam,” tulisnya.

 
 
 
View this post on Instagram

Jauh perjalanan, luas pemandangan. Kalau aku bawak kau ke rumah2 mewah utk tunjukkan kesederhanaan hidup kita sahaja, tu tak adil kat kau. Aku bawak kau ke kem2 pelarian ni jadi kau tau hidup kau serba mencukupi, mewah Kalau dibandingkan mereka. Ujian hidup diorang ialah kesusahan berlari ke negara jiran sebab perang saudara Ujian hidup kita pulak kesenangan di tanahair sendiri yang aman. Aku akan buat segala yang aku mampu utk jadikan kau orang yang lebih baik dari aku. Aku cuma nak mintak pertolongan kau dalam mencapai matlamat aku ni. Berat sama dipikul, ringan sama2 kita jinjing, anakku. Terima kasih @cintasyriamalaysia atas pelawaan join mission ni. Banyak pengetahuan & pengalaman baru yang kami dapat. Allahualam. #ramadanmissioncsm #orangbiasa #akutahu #fieldrunners2

A post shared by Altimet (@altimet) on

Menerusi ruangan komen, rata-rata mendoakan misinya bersama Cinta Syria Malaysia akan dipermudahkan dan mereka diberikan kesihatan yang baik untuk membantu masyarakat di sana.

Ini juga merupakan penyertaan sulung Altimet yang disertai oleh penyanyi Noh Hujan dan Aizat Amdan dalam Misi Cinta Syria Malaysia ke Turki dan Lubnan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 1 Feb 2023

Tersipu Malu! Meerqeen Dedah Selebriti Yang Diminati Hun Haqeem

Alolo Hun memalu pulak! Siapa crush dia tu ek?

Events Tue, 17 Sep 2019

BALLISTIK BOYZ首度来马宣传!粉丝见面会反应热烈秒变演唱会

日本新晋嘻哈唱跳团体BALLISTIK BOYZ来马宣传并举办公开粉丝见面会,吸引了上千名粉丝到场;粉丝们边喊着应援边跟着节奏舞动,让现场瞬间秒变演唱会现场,气氛超级热烈!

Featured Thu, 30 Apr 2026

Fazura Dedah Fatima Mahu Ikut Jejak ‘Pak Long’, Lanjut Pengajian Di Luar Negara

Kata Fazura, Fatima meluahkan impiannya itu selepas melihat kejayaan abang sulungnya, Dr. Yusrizam yang telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat Sarjana dalam jurusan Undang-Undang di University of London, United Kingdom.

Featured Tue, 23 Jan 2024

Mamat Exist Didakwa Miliki & Hisap Dadah Jenis Methamphetamine Secara Berulang 

Mamat mengaku tidak bersalah hari ini selepas didakwa atas pertuduhan memiliki dan menggunakan dadah lima tahun lalu.

Hiburan Fri, 7 Jun 2024
Hiburan Tue, 17 May 2022
error: Content is protected !!