Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida June 6, 2019 @ 6:00pm

Bakal Akhiri Zaman Bujang, Rizman Umum Bertunang Hari Ini

Pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin mengumumkan sudah bertunang dengan gadis pilihannya, Nurida Suraya, hari ini.

Rizman yang merupakan pereka fesyen yang sering menjadi pilihan penyanyi terkenal tanah air mengambil keputusan bertunang selepas setahun lebih mengenali hati budi.

“Alhamdulillah, sudah sampai masanya untuk saya menamatkan zaman bujang. Perasaan gembira sukar digambarkan kerana segalanya berubah apabila kita bertemu dengan orang yang tepat dalam hidup kita,” katanya kepada salah sebuah portal hiburan tempatan.

Dalam masa sama, sahabat baik kepada aktres Nur Fazura ini memohon agar urusan ke fasa seterusnya dipermudahkan Allah.

Difahamkan, majlis pernikahan akan berlangsung dalam masa terdekat.

Berita pertunangan Rizman dan Nurida Suraya turut dikongsi di Instagram pasangan sama cantik sama padan ini.

Rata-rata pengikut Rizman mengucapkan tahniah dan berdoa agar urusan perkahwinan pereka fesyen kesayangan ramai ini segera lancar.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 22 Mar 2023
Hiburan Tue, 13 Feb 2018

FENOMENA SAJAT JAMPI STADIUM AJL32

Menerusi instagram @nursajat02, beliau turut melahirkan rasa terharu dan terima kasih kepada semua peminat, haters, mahupun penonton yang hadir yang turut sama memberikan sokongan kepadanya

Featured Wed, 29 Dec 2021

Rider Pelik Pelanggan Tak Suruh Naik Hantar Makanan, Rupanya Ambil Makanan Pakai Baldi!

Dengan penularan wabak COVID-19 yang semakin meruncing di negara ini, cara terbaik ialah rakyat bertindak bijak dengan mendisiplinkan diri bagi mematuhi arahan Prosedur Operasi Standard (SOP). Begitu juga dengan situasi seorang pelanggan yang memesan makanan […]

Hiburan Sun, 3 Jul 2022
TECH Sat, 15 Dec 2018

4 Aplikasi Ini Untuk Bantu Anda Terjemahkan Idea Ubah Suai Rumah Anda

Berikut kami kongsikan 4 aplikasi ubah suai dan reka bentuk rumah yang mampu menterjemahkan idea-idea menarik anda ke dalam bentuk visual.

Hiburan Sun, 5 Nov 2023
error: Content is protected !!