Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Fas February 5, 2018 @ 6:01am

PRIYANKA CHOPRA JADI BRIDESMAID?

Pix kredit Indianexpress.com

Peminat filem Bollywood tentu kenal Priyanka Chopra kan? 

Bintang Bollywood ini yang juga bekas Ratu Cantik Dunia 2000 khabarnya akan menemankan rakan baiknya, pelakon Meghan Markel, 37, sebagai pengiring pengantin pada majlis perkahwinan  Meghan dengan Putera Harry, 34,  yang dijadualkan berlangsung pada 19 Mei 2018 nanti.

Sumber yang dipetik daripada beberapa portal luar negara  melaporkan walau pun belum ada kata putus atau pengesahan daipada Priyanka, 36,  namun beberapa media Inggeris sudah ada yang melaporkan Priyanka bakal menjadi ‘bridesmaid’ Megan Markle.

Ketika ditanya hal berkenaan, Priyanka sekadar menjawab, “Ko orang akan tahu ketika pernikahannya berlangsung nanti,” Priyanka berkata demikian dalam temuramah bersama majalah Harper’s Bazaar baru-baru ini.

Apa pun yang pasti Priyanka dan Megan memang berkawan rapat sejak mereka bertemu di Amerika Syarikat malah Priyanka merupakan orang pertama yang menyampaikan ucapan tahniah ketika   pasangan diRaja itu  bertunang pada bulan November tahun lalu.

PIX DARI IG PRIYANKA CHOPRA 

Hari perkahwinan Megan dengan putera kedua Puteri Diana dan Putera Charles itu khabarnya menelan kos kira-kira setengah juta pound dan dijangka berlangsung di Gereja St. George di Istana Kota Windsor, England.

Putera Harry atau nama sebenarnya  Henry Charles Albert David merupakan pewaris kelima takhta diraja Britain sementara Rachel Megan  Markle, popular menerusi drama te­levisyen AS, Suits.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Dec 2021

Geramnya! Tindakan Pemandu 4X4 Langgar Kera Hingga Mati Timbulkan Kemarahan Netizen

Seorang pemandu kenderaan jenis 4X4 berwarna putih dipercayai telah melanggar beberapa ekor kera sehingga ada yang mati di sebuah jalan di kawasan perumahan Taman Majupadu, Kluang, Johor. Kejadian ini dikongsikan menerusi video yang dimuat naik […]

Featured Wed, 12 Apr 2023
Events Tue, 27 Nov 2018

“When You Wish Upon A Star” Tunaikan Impian Kanak-Kanak

Kempen mengumpul derma ini akan dijalankan untuk mengumpul dana bagi menunaikan impian seorang kanak-kanak.

Hiburan Tue, 14 Oct 2025

Empat Suara, Satu Jiwa: Anuar, Ziana, Ernie & Syamel Bersatu Dalam ‘Jangan Henti’

Jangan Henti membawa mesej tentang kasih sayang, kekuatan dan semangat

Hiburan Mon, 18 Jun 2018

David and Victoria Beckham Rumoured to Be Divorcing but the Missus Proves Them Wrong

It took one Instagram post to throw out all those nasty rumours.

Hiburan Fri, 6 Feb 2026

Aya Amiruddin Kesal Wajah Dikritik, Disamakan Dengan Rohingya

Aya Amiruddin meluahkan rasa kesal apabila menjadi sasaran kecaman netizen yang mempersoalkan rupa parasnya

Events Wed, 20 Mar 2019
error: Content is protected !!