Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida June 18, 2019 @ 11:00am

‘Macam Mana Boleh Kenal Syed Saddiq?’- Raja Yunika Putri Jawab Soalan Netizen

Sejak tersebar berita pelakon Indonesia Raja Yunika Putri yang mendapatkan bantuan bantuan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas menjadi mangsa kecurian baru-baru ini, ramai yang tertanya bagaimana dua individu terkenal ini saling mengenali.

Raja Yunika ketika dihubungi Harian Metro menjelaskan, dia sudah sudah lama mengenali Syed Saddiq dan pasukannya kerana pernah terbabit dalam pelbagai kegiatan pembangunan anak-anak muda di negara Asean.

“Saya sudah lama mengenali beliau kerana organisasi kami sering bertukar pandangan mengenai pembangunan anak-anak muda di rantau ini.

“Saya berterima kasih kepada beliau kerana membantu memberikan pandangan mengenai insiden yang berlaku tempoh hari,” katanya.

Terbaru menerusi Harian Metro, Yunika mendedahkan selebriti itu merayu agar dia menarik balik laporan polis yang telah dibuat.

Jelas Yunika, dia tetap akan teruskan dengan laporan tersebut atas nasihat beberapa pihak.

Terdahulu, pelakon ini mendakwa menjadi mangsa kecurian seorang artis kelahiran Singapura yang menempa nama di Malaysia di sebuah kelab malam pada 7 Jun lalu.

Berita ini turut mendapat liputan meluas oleh media Indonesia dan pihak berkuasa Singapura.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 4 Apr 2023
Hiburan Tue, 2 Jul 2019

‘Dengar Ni Baba Nak Pesan’…Korang Dah Layan ‘Yang Mano’ Ke Belum?

Lagu ini mengisahkan tentang pesanan seorang bapa kepada anak lelakinya dalam memilih pasangan hidup di mana bapanya berpesan supaya memilih calon seperti ibunya.

Featured Sun, 26 May 2024

Bekas Peserta Mentor Nabil Zamanhuri Meninggal Dunia

Innalillahwainnailaihirrojiun🥀

Featured Tue, 20 Sep 2022
Featured Sat, 20 Dec 2025
Hiburan Sat, 5 Aug 2023
Hiburan Sat, 29 Mar 2025

DUKES Kembali Gegarkan Indie Rock Dengan ‘Little Talks’, Imbau Zaman Cinta Remaja

Little Talks menyuntik elemen nostalgia dengan pengaruh Blink-182

Hiburan Thu, 27 Sep 2018

Anggap Ujian Sebagai ‘Teguran’ Kecil, Perkongsian Asyraf Khalid Buat Netizen Terjaga

Bila saya diuji, benda pertama dalam fikiran saya, ujian ni datang dari Allah dan mungkin saya kurang ingat pada Allah atau mungkin saya tak jaga waktu solat saya…

error: Content is protected !!