Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida June 7, 2019 @ 4:26pm

Elak Bersedih Di Pagi Raya, Aizat Sambut Syawal Di Sabah

Tidak mahu bersedih meraikan 1 Syawal selepas kehilangan bapa tersayang pada 9 Januari lalu, Aizat dan keluarga membuat keputusan menyambut hari mulia itu di Kota Kinabalu, Sabah.

Penyanyi yang popular dengan lagu Hanya Kau Yang Mampu dan Sampai Hari Tua itu berkata, meskipun reda, ada ketika rindu yang datang memuncak membuatkan dia begitu terkesan dengan kehilangan ayahnya.

“Segala kenangan bersamanya menjadi memori yang terlalu indah. Untuk melupakan kesedihan, saya dan keluarga meraikan 1 Syawal di Kota Kinabalu, sambil menziarahi anak saudara pertama.

“Ketika dilahirkan, arwah ayah hanya mampu menatapnya melalui panggilan video. Selepas itu, arwah sakit dan menghembuskan nafas terakhir,” katanya dalam nada sebak.

Aizat berkata, dia tidak mahu terus bersedih kerana bimbang ia memberi kesan kepada ibunya yang pernah berkongsi hidup dengan arwah bapanya.

“Meskipun, arwah dan ibu bercerai ketika saya masih kecil, mereka masih mengekalkan ukhuwah. Hubungan arwah dengan bapa tiri juga sangat akrab.

“Saya lihat ibu selalu bersedih apabila terkenangkan arwah. Saya faham mereka pernah hidup bersama dan memiliki enam cahaya mata.

“Jadi, kami fikir lebih baik beralih angin dan meraikan Syawal jauh dari kota. Saya tidak mahu kami bersedih pada hari raya,” katanya.

Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2009 dan 2015 itu berkata, dia amat terasa dengan kehilangan penyokong nombor satunya itu.

“Arwah pernah melaburkan wang RM100,000 untuk menghasilkan album sulung, Percubaan Pertama yang memuatkan lagu popular, Hanya Kau Yang Mampu pada 2008.

“Ia demi merealisasikan impian saya untuk menjadi artis rakaman, selepas gagal ke peringkat akhir Akademi Fantasia musim kelima (AF5). Itu kenangan dan legasi yang ditinggalkan buat saya.

“Saya bertuah kerana restu dan doa ayah serta ibu sentiasa mengiringi perjalanan. Tanpa mereka, tidak mungkin saya mampu mempertahankan apa yang saya genggam ini. Saya amat terhutang budi pada ayah dan ibu.

“Sekarang, saya hanya ada ibu, justeru saya mahu berbakti dan menjaganya dengan sebaik mungkin,” kata pemenang trofi Persembahan Vokal Lelaki Terbaik Di Dalam Lagu, Anugerah Industri Muzik Ke-16 (AIM 16) menerusi Lagu Kita.

Aizat berkata, dia baru memperkenalkan lagu Angin Lalu yang menjurus kepada perkongsian kisah kehilangan. Ia juga sebagai melunaskan impian arwah bapanya yang mahu dia menghasilkan lagu dengan iringan pemuzik orkestra.

“Proses rakaman disempurnakan di Jakarta, Indonesia, pada hujung tahun lalu. Saya menggunakan khidmat pemuzik yang pernah menghasilkan lagu Tulus, Samsons dan Anuar Zain,” katanya.- BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 10 Nov 2022

Delivery Makanan Ke Kereta Berserta Pakej Selfie, Netizen Puji Sifat Rendah Diri Neelofa & PU Riz

Aksi pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa yang tidak sombong melayan kerenah peminat ketika berada di sebuah restoran makanan segera meraih perhatian. Neelofa dan suami, Haris ismail atau PU Riz ramah melayan pekerja-pekerja restoran terbabit yang […]

Featured Fri, 30 Dec 2022

Lucu! Bonda Rozita Terkejut Dapat ‘Gift’ Di TikTok – “Sudah… Jangan Bagi!”

Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Rozita Ibrahim atau lebih mesra disapa Bonda di laman Instagram yang memaparkan dia dan anak, usahawan Datuk Seri Aliff Syukri sedang membuat sesi live di aplikasi TikTok. Menerusi […]

Hiburan Wed, 13 Feb 2019

Ini Sebab Penonton Tak Senang Duduk Bila BTS Jadi Penyampai Grammy Award

Selain V, Jungkook juga turut dipuji kerana kefasihannya berbahasa Inggeris sepanjang temubual yang dijalankan

Featured Thu, 23 Jan 2025

“Jangan Berprasangka Buruk” – Netizen Gelar Hubungan Bersama Jefri Nichol Toksik, Ameera Khan Bidas Komen Jahat

“Honestly, kalau kita fikir postif, hidup kita lagi happy insyaa-Allah,” – LMK

Hiburan Tue, 12 Mar 2019

DFKL Cari Pakej, Pengarah Nur Setuju Dengan Kenyataan A Aida?

Bayangkan kalau abam letak Siti Kasim sebagai heroin, korang sanggup setia tengok sampai episod 15 tak?

Featured Tue, 18 Oct 2022
Hiburan Thu, 24 Oct 2019
error: Content is protected !!